Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel gesa sekat Iran, PBB seru dunia usah burukkan keadaan

Apr 15, 2024 | 02:51 PM



BAITULMAKDIS: Kuasa-kuasa dunia menyuarakan kebimbangan serangan peluru berpandu dan dron Iran, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ke atas Israel boleh mencetuskan perang lebih meluas di Timur Tengah.


Kebimbangan itu disuarakan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendengar seruan agar dikenakan sekatan baru terhadap Teheran.

Iran melancarkan serangan itu, menyasarkan wilayah Israel secara langsung, sebagai tindakan balas terhadap serangan udara maut yang didakwa dilakukan Israel, yang memusnahkan bangunan konsular Teheran di ibu negara Syria, Damsyik, pada 1 April.

Insiden itu memburukkan lagi sengketa di Timur Tengah ke tahap baru berbahaya, lanjutan kepada konflik enam bulan antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza. Perkembangan terbaru ini mencemaskan masyarakat antarabangsa.

“Baik rantau itu mahupun dunia, tidak mampu menghadapi lebih banyak peperangan,” kata Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, kepada anggota Majlis Keselamatan, yang membincangkan tentang serangan Iran pada 13 April.

Duta Israel ke PBB, Encik Gilad Erdan, menggesa Majlis Keselamatan supaya “mengenakan semua kemungkinan sekatan ke atas Iran sebelum terlambat” dan “mengutuk Iran atas pengganasan yang dilancarkannya”.

Pemimpin G7 sebelum ini berkata mereka bersedia “mengambil langkah selanjutnya” sebagai respons kepada “tindakan yang menimbulkan ketidakstabilan selanjutnya”.

Duta PBB Iran, Encik Amir Saeid Iravani, membalas bahawa republik itu menggunakan “hak sedia ada bagi mempertahankan diri” dan “tiada pilihan” selain bertindak.

Beliau menegaskan negaranya “tidak mahu memburukkan keadaan atau melancarkan peperangan”, tetapi bertindak balas terhadap sebarang “ancaman atau pencerobohan”.

Israel dan sekutunya memintas sebahagian besar daripada lebih 300 peluru itu, kata tentera Israel. Ia melaporkan 12 orang cedera dan tiada kematian, tetapi serangan itu meningkatkan kebimbangan mengenai serangan balas Israel.

Sekutu utama Israel, Amerika Syarikat, juga menggesa supaya berhati-hati dan bertenang.

“Kami tidak mahu melihat keadaan menjadi lebih buruk,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby, kepada NBC.


“Kami tidak ingin melihat berlakunya perang yang meluas dengan Iran.”

Seorang pegawai kanan Amerika berkata Presiden Joe Biden memberitahu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, Washington tidak akan menawarkan sokongan ketenteraan bagi sebarang tindakan balas terhadap Iran.

Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, pada 14 April memberi amaran kepada Israel supaya tidak bertindak “melulu”, kerana ia akan mencetuskan “tindakan balas tegas dan lebih kuat”. – AFP.

Tentera Israel berkata walaupun 170 dron dan 30 peluru berpandu ditembak jatuh sebelum sampai ke Israel, beberapa daripada 110 peluru berpandu balistik menembusi negara itu.


Antara yang cedera ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berhampiran bandar Arad di selatan Israel. Kanak-kanak itu kini berada dalam rawatan rapi. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >