Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel ikrar ‘pertingkat tekanan’ di Gaza lepas AS halang gencatan senjata PBB

Dec 10, 2023 | 12:48 PM



BANDAR GAZA: Penduduk Gaza mencari perlindungan di hospital-hospital yang musnah akibat dibom sedang Israel berikrar akan “meningkatkan tekanan” dalam perang menentang kumpulan Hamas pada 9 Disember.


Ini berlaku sehari selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksana gencatan senjata. 

Kumpulan bantuan berkata Gaza menghadapi situasi kemanusiaan “dahsyat” dan di ambang dibebani penyakit serta kebuluran. 

Sekurang-kurangnya 17,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terkorban dalam tempoh dua bulan berperang di jaluran wilayah itu, menurut angka terkini Kementerian Kesihatan Gaza. 

Washington menghalang satu resolusi PBB yang seharusnya menetapkan gencatan senjata pada 8 Disember. Langkah Amerika itu dikutuk sekerasnya oleh kumpulan-kumpulan Palestin dan kemanusiaan. 

Namun Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata beliau menghargai “pendirian betul yang diambil Amerika Syarikat” dan berikrar akan “meneruskan perang kami yang adil untuk menghapuskan Hamas”. 

Israel telah berikrar akan menghapuskan Hamas, yang memerintah Jaluran Gaza, selepas serangan 7 Oktober oleh kumpulan itu yang merentasi sempadan ketenteraan Gaza, mengorbankan lebih 1,400 orang dan mengambil tebusan, menurut pegawai Israel. 

Israel pada 9 Disember berkata 137 tawanan kekal di wilayah Palestin itu. 

Seorang wartawan AFP berkata ribuan rakyat Gaza berlindung di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza, yang tidak lagi berfungsi dan sebahagiannya musnah berikutan serbuan Israel pada November.


Ratusan khemah sementara yang diperbuat daripada sisa-sisa fabrik dan plastik mengisi halaman dan taman hospital itu di tengah-tengah temboknya yang telah runtuh. 

Encik Suheil Abu Dalfa, 56 tahun, dari daerah Shejaiya di bandar itu, berkata beliau melarikan diri daripada pengeboman bertubi-tubi oleh pesawat dan kereta kebal Israel. 

“Ia amat teruk. Bom mengena rumah dan mencederakan anak lelaki saya yang berusia 20 tahun,” lapor AFP.


“Kami melarikan diri ke bandar lama, semuanya telah diserang dan musnah... Kami tidak tahu ke mana hendak pergi,” katanya. “Kami tidak tahu apakah mereka akan menyerbu hospital ini lagi.”   

Pihak berkuasa kesihatan Hamas berkata mayat 71 mangsa yang terkorban tiba hospital Al-Aqsa di Deir Al-Balah dalam 24 jam, dan 62 di hospital Nasser di bandar selatan Khan Yunis. 

Seorang wartawan AFP di Hospital Nasser melihat seorang kanak-kanak di atas pengusung sementara yang lain menunggu untuk rawatan dan penjagaan di atas lantai.


Anggota bomba pula sedang cuba memadamkan api di sebuah bangunan yang terbakar akibat serangan Israel. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >