Topik diikuti
Pergi ke BHkuIsrael lancar serang balas di Bukit Golan

Jun 24, 2014 | 6:00 AM
Israel lancar serang balas di Bukit Golan
BAITULMAKDIS: Israel melakukan serangan udara ke atas tentera Syria di Bukit Golan sepanjang malam semalam selepas seorang remaja lelaki Israel terbunuh akibat satu serangan tentera Syria.
"IDF (Tentera Israel) menyasarkan sembilan kedudukan tentera Syria sebagai respons kepada serangan sebelum ini, yang melihat tentera Syria membunuh seorang remaja Israel dan mengakibatkan dua lagi orang awam Israel cedera.