Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel lancar serangan udara di Lebanon babit sasaran milik Hamas

Apr 8, 2023 | 5:30 AM
DILINDUNGI SISTEM PERTAHANAN UDARA: Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel memintas serangan roket Hamas di Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
DILINDUNGI SISTEM PERTAHANAN UDARA: Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel memintas serangan roket Hamas di Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS -

NEW YORK: Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lebanon pada hari Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

Tentera Israel berkata di Twitter bahawa ia kini melakukan serangan di Lebanon.

Ia berkata, serangan membabitkan sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lebanon, lapor agensi Anadolu.

Pada awal Jumaat, tentera Israel menyerang dua terowong di Beit Hanoun dan Khan Yunis serta dua kilang senjata sebagai tindak balas kepada 'ancaman keselamatan oleh Hamas'.

Mengulas serangan udara Israel itu, jurucakap Hamas, Encik Hazem Kassem berkata Israel memikul tanggungjawab penuh terhadap serangan dan pencerobohannya di Baitulmaqdis dan Gaza.

Kumpulan itu melancarkan roket dari Semenanjung Gaza menyasarkan Israel selepas serangan terbaru.

Tentera Israel juga mengeluarkan amaran di Twitter mengatakan siren berbunyi di selatan Israel.

Perkembangan terbaru berlaku selepas tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan secara paksa mengusir jemaah Palestin dua malam berturut-turut.

Israel sebelum ini menuduh rakyat Palestin melancarkan 34 roket dari Lebanon pada cuti Paskah Yahudi, sehari selepas pertempuran antara polis Israel dengan Palestin di tapak ketiga paling suci Islam itu.

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) mendedahkan Israel dan Lebanon tidak mahu peperangan meskipun berlakunya kejadian berbalas serangan antara kedua-dua pihak, lapor agensi berita Jerman dpa. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg