Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel lepas bebas pelitup selepas mampu atasi krisis Covid-19

Apr 18, 2021 | 10:37 PM



JERUSALEM: Warga Israel menjejakkan kaki mereka ke jalanan tanpa pelitup pada Ahad (18 April) buat julung-julung kalinya dalam tempoh setahun, satu titik tolak bersejarah sedang negara itu membebaskan dirinya daripada mimpi ngeri dilanda koronavirus.



"Terasa ganjil tetapi sangat seronok apabila tidak perlu lagi menggunakan pelitup," kata Cik Eliana Gamulka, 26 tahun, selepas turun daripada bas di hab beli-belah Jerusalem yang terkenal di Jaffa Street. Wajahnya tidak lagi ditutupi pelitup.



"Anda tidak boleh lagi buat-buat anda tak kenal dengan orang yang ditemui," katanya seraya tersenyum.



Dengan lebih separuh penduduk Israel sudah mendapatkan suntikan vaksinasi hasil keberkesanan kempen vaksinasi anti-Covid-19, antara yang tercepat di dunia dapat menarik perhatian penduduk, Kementerian Kesihatan Israel mengumumkan pada Khamis (15 April) pelitup tidak lagi diperlukan di ruang awam terbuka.



Bagi Cik Gamulka, seorang pengurus projek, berita baik ini datang tepat pada masanya: sekitar dua minggu sebelum majlis perkahwinannya.



"Saya kira bagus juga kalau dapat raikan majlis saya dengan semua tetamu tanpa pelitup. Foto-foto yang dirakam nampak cantik. Saya rasa sangat lega. Kita boleh hidup seperti biasa lagi," jelasnya.



Vaksinasi sekitar lima juta penduduk Israel membawa pada merosotnya bilangan jangkitan di negara itu, daripada 10,000 jangkitan baru setiap hari sekitar pertengahan Januari kepada 200 kes sehari baru-baru ini.



Ini membolehkan pembukaan semula sekolah, bar, restoran dan perhimpunan dalaman walaupun pelitup masih lagi diperlukan di ruang awam tertutup.



Malah sebelum Menteri Kesihatan Israel, Encik Yuli Edelstein, mengumumkan pelaksanaan ketetapan baru ini, pelanggan bar di kawasan pasar Mahane Yehuda Jerusalem sudah tidak lagi menggunakan pelitup pada petang Khamis lalu.



Sungguhpun begitu, pekerja pejabat, Cik Ester Malka, menambah beliau belum bersedia melepaskan pelitupnya demi keselamatan.



"Memang kita sebenarnya dibenarkan agar tidak menggunakan pelitup tetapi saya masih takut. Maklumlah saya terbiasa menggunakan pelitup. Ia menjadi sebahagian hidup saya. Kita lihat apa yang akan berlaku jika setiap orang sudah menanggalkan pelitup. Jika semuanya berjalan lancar bagi beberapa bulan mendatang, saya akan membuka pelitup saya," ujarnya.



Beberapa bulan lalu, Israel mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia dengan wabak koronavirus yang mengorbankan nyawa 6,300 individu dalam kalangan 836,000 kes. 



Bagaimanapun, jumlah kesnya merosot selepas membuat perjanjian bagi mendapatkan banyak bekalan vaksin Pfizer/BioNTech.



Sebagai pertukaran, Israel bersetuju membayar pembekal melebihi harga pasaran dan berkongsi data yang ia kumpulkan mengenai penerima vaksin dengan menggunakn sistem data perubatan paling canggih di dunia. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >