Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel pertingkat operasi darat di Gaza, PBB tuntut gencatan senjata

Oct 28, 2023 | 07:29 PM



BAITULMAKDIS: Tentera udara dan darat Israel meluaskan serangan mereka ke atas Hamas di Jaluran Gaza pada Jumaat.


Tentera dan kumpulan militan Palestin itu berkata pejuangnya bertempur dengan tentera Israel di kawasan berhampiran sempadan yang dekat dengan Israel.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong penuh resolusi yang dirangka oleh negara-negara Arab yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera dan menuntut akses bantuan ke wilayah yang dikepung dan perlindungan orang awam.

Walaupun tidak mengenakan ikatan bagi mana-mana pihak, resolusi itu menekankan kepentingan politik dan mencerminkan suasana global, lapor agensi berita Reuters.


Pada akhirnya, undian bagi usulan gencatan senjata itu mendapat sokongan 121 negara manakala 44 berkecuali dan 14 – termasuk Israel dan Amerika Syarikat – menolak usulan undi itu.

Di Gaza, firma telekomunikasi tempatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata perkhidmatan Internet dan telefon bimbit terputus.

“Dalam beberapa jam terakhir, kami memperhebatkan serangan di Gaza,” kata Laksamana Muda Daniel Hagari, jurucakap tentera Israel, pada sidang berita di televisyen pada Jumaat.

Tentera udara Israel melakukan serangan meluas ke atas terowong dan infrastruktur lain, katanya.

“Sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan dalam beberapa hari lepas, tentera darat memperluaskan operasi mereka malam ini,” katanya sambil menimbulkan persoalan sama ada serangan darat yang telah lama dijangkakan ke atas Gaza mungkin semakin dekat.

Pejuang Hamas bertempur dengan tentera Israel di bandar timur laut Beit Hanoun di Gaza dan di kawasan tengah Al-Bureij, kata sayap bersenjata kumpulan militan itu.

Jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, Encik John Kirby, enggan mengulas mengenai operasi darat yang dipertingkatkan Israel itu.

Tetapi beliau berkata Washington menyokong hak Israel untuk mempertahankan dirinya dan menambah: “Kami tidak menetapkan had dalam menentukan apa yang dibolehkan untuk Israel.”

Encik Mark Regev, seorang penasihat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, memberitahu MSNBC bahawa “Gaza akan merasakan kemurkaan kami (Israel) malam ini”.


“Mereka akan terus menerima pukulan serangan ketenteraan kami sehingga kami membongkar jentera tentera mereka dan membubarkan struktur politik mereka di Gaza,” katanya kepada Fox News.


“Apabila ini berakhir, Gaza akan menjadi sangat berbeza,” tambahnya.


Israel telah mengebom Jaluran Gaza yang padat dengan penduduk, berikutan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober ke atas masyarakat Israel.


Israel berkata Hamas membunuh kira-kira 1,400 orang termasuk kanak-kanak dan mengambil lebih 200 tebusan, sebahagian daripada mereka bayi dan orang dewasa yang lebih tua.


Kementerian Kesihatan Gaza yang dikawal Hamas berkata pada Khamis bahawa 7,028 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan udara Israel, termasuk 2,913 kanak-kanak.


Pencerobohan darat akan memburukkan lagi apa yang dikatakan kumpulan bantuan sebagai krisis kemanusiaan di wilayah itu berikutan beberapa hari pengeboman udara yang menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin di Gaza telah membunuh lebih 7,000 rakyat Palestin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >