Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel sedia pindah bayi dari hospital utama Gaza

Nov 12, 2023 | 01:25 PM



GAZA/JERUSALEM: Tentera Israel berkata ia bersedia untuk memindahkan bayi dari hospital terbesar di Gaza pada Ahad.

Menurut para pegawai Palestin, dua bayi yang baru lahir telah meninggal dunia dan puluhan lagi berhadapan risiko selepas bahan api kehabisan di tengah-tengah pertempuran sengit di kawasan itu. 

Dengan keadaan kemanusiaan yang bertambah buruk, pihak berkuasa sempadan Gaza berkata lintasan Rafah ke Mesir akan dibuka semula pada Ahad untuk pemegang pasport asing. 

Sebelum ini, lintasan itu telah ditutup pada Jumaat. 

Hamas berkata ia telah memusnahkan sepenuhnya atau sebahagian daripada lebih 160 sasaran tentera Israel di Gaza, termasuk lebih 25 kenderaan dalam tempoh 48 jam lalu. 

Seorang jurucakap tentera Israel berkata Hamas telah hilang kawalan ke atas utara Gaza.   

Pada sidang akhbar lewat pada Sabtu, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu mengumumkan kematian lima lagi askar Israel di Gaza.

Tentera Israel berkata 46 askar telah terbunuh sejak operasi darat di sana bermula.

Sementara itu tiga saluran berita televisyen Israel, berkata terdapat beberapa kemajuan ke arah perjanjian untuk membebaskan tebusan yang ditahan pihak Hamas di Gaza. 

Encik Netanyahu berkata beliau tidak akan membincangkan sebarang butir perjanjian.

Menurut N12 News, ia akan melibatkan 50 hingga 100 wanita, kanak-kanak dan warga tua yang dikeluarkan secara berperingkat semasa pertempuran dihentikan seketika untuk tempoh tiga hingga lima hari.


Menurut laporan itu, Israel akan membebaskan wanita dan kanak-kanak Palestin daripada penjara dan mempertimbangkan untuk membenarkan bahan api masuk ke Gaza, di samping mengekalkan hak untuk meneruskan pertempuran selepas perjanjian itu. 

“Apabila kami mempunyai sesuatu yang lebih kukuh untuk katakan, kami akan mmberikan kemas kini kepada keluarga tersebut dan bentangkannya kepada pemerintah,” kata Encik Netanyahu. “Sehingga itu, berdiam adalah lebih baik.”   

Di Tel Aviv, ribuan orang menyertai satu perhimpunan untuk menyokong keluarga tebusan. 

Penduduk Gaza berkata tentera Israel, yang berperang untuk menghapuskan Hamas selepas serangan merentas sempadan pada 7 Oktober, telah bertempur dengan anggota-anggota bersenjata Hamas sepanjang malam di dalam dan sekitar bandar Gaza di mana terletaknya hospital terbesar di Gaza, Al Shifa. 

Encik Ashraf Al-Qidra, yang mewakili Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikawal Hamas, berkata hospital itu telah menggantung operasi selepas bahan api kehabisan.

Beliau berkata dua bayi telah meninggal dunia dalam inkubator dan terdapat 45 bayi yang telah meninggal dunia secara keseluruhannya.     

Encik Ashraf berkata serangan Israel membunuh seorang pesakit dalam rawatan rapi dan penembak tepat Israel di atas bumbung yang menembak ke dalam kompleks perubatan dari semasa ke semasa, menghadkan keupayaan orang ramai untuk bergerak. 

“Kami dikepung di dalam Kompleks Perubatan Al Shifa, dan Israel telah menyasarkan kebanyakan bangunan,” katanya kepada Reuters melalui telefon.


Kolonel Moshe Tetro, Ketua Penyelarasan dan Perhubungan di COGAT, badan Kementerian Pertahanan Israel yang mengendalikan hal ehwal awam di Gaza, berkata terdapat pertempuran tetapi menambah:

“Tidak ada tembakan di hospital dan tidak ada kepungan.” – AGENSI BERITA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >