Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serang perkarangan bawah masjid di Tebing Barat

Oct 22, 2023 | 04:43 PM



RAMALLAH: Sebuah pesawat Israel menyerang kawasan perkarangan di bawah Masjid al-Ansar di Tebing Barat pada awal Ahad, yang menurut tentera Israel, digunakan oleh anggota Hamas untuk mengatur serangan.


Pakar perubatan Palestin berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam serangan itu.

Serangan udara Israel itu adalah sekurang-kurangnya serangan kedua dalam beberapa hari kebelakangan ini yang melanda Tebing Barat, di mana keganasan memuncak sejak sekumpulan anggota Hamas di Gaza melakukan serangan pada 7 Oktober di Israel.

Israel berkata perkarangan di bawah Masjid al-Ansar, yang terletak di kem pelarian Jenin, dimiliki Hamas dan Jihad Islam Palestin yang bertanggungjawab melakukan serangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Tentera Israel mengeluarkan imej yang dipercayai menunjukkan pintu masuk ke kubu di bawah masjid. Ia juga mengeluarkan gambar rajah yang dikatakan menunjukkan tempat di mana anggota Hamas menyimpan senjata.

Kem pelarian itu, yang merupakan kubu militan Palestin, menjadi tumpuan operasi ketenteraan Israel pada awal tahun ini.

Rakaman di media sosial menunjukkan terdapat sebuah lubang di salah satu dinding luar masjid yang dikelilingi oleh serpihan. Beberapa rakyat Palestin dilihat menilai kerosakan ketika siren ambulans berbunyi di latar belakang.

Khidmat ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin maut dan tiga lagi cedera, manakala dua lagi orang maut sebelum itu.

Penduduk kem pelarian itu berkata mereka menerima amaran daripada tentera Israel untuk menjauhkan diri daripada militan kerana tentera Israel akan menyerang kem tersebut tetapi tentera Israel tidak menyatakan tarikh.

Pada Khamis, tentera Israel berkata ia menyerbu dan melakukan serangan udara di kem pelarian berhampiran pusat bandar Tulkarm. Mereka berkata serbuan itu sebahagiannya bertujuan untuk menangkap suspek dan merampas senjata.

Penduduk Palestin berkata sekurang-kurangnya 12 orang maut.

Di samping itu, konvoi bantuan kemanusiaan pertama yang dihantar ke Jaluran Gaza sejak perang meletus di sana mula memasuki lintasan Rafah dari Mesir pada pagi Sabtu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata konvoi 20 trak itu termasuk bekalan menyelamatkan nyawa yang akan diterima oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Kumpulan Hamas, yang mengawal Jaluran Gaza, berkata bantuan dihantar termasuk ubat dan jumlah makanan yang terhad.

Lintasan Rafah adalah laluan utama masuk dan keluar dari Jaluran Gaza yang tidak dikawal oleh Israel, yang bersetuju membenarkan bantuan masuk dari Mesir berikutan permintaan Amerika Syarikat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >