Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serang tapak Hamas di Gaza, tindak balas serangan roket

Dec 09, 2017 | 02:15 PM



 



 



RAMALLAH: Tentera Israel berkata ia telah menyerang tapak penghasilan senjata dan gedung simpanan peluru awal Sabtu (9 Disember).



Tiga roket ditembak dari Gaza ke Israel pada hari sebelumnya, dengan satu roket menemui sasaran di kota Sderot.



Ketegangan antara warga Israel dengan Palestin telah meningkat sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel minggu lalu.



Pengumuman Encik Trump itu menerbalikkan dasar tidak campur tangan yang diambil Amerika sejak beberapa dekad lalu.



Israel menganggap Baitulmakdis sebagai ibu kotanya, sementara warga Palestin mengaku wilayah Timur Baitulmakdis - yang dijajahi Israel sejak perang 1967 - sebagai ibu kota negara Palestin pada masa depan.



Awal Jumaat semalam, Fathi Hammad, ketua kanan Hamas berkata sebarang pihak yang bertujuan memindahkan kedutaannya ke Baitulmakdi adalah ‘musuh warga Palestin’.



Dalam ucapannya di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada hari yang sama, Duta Amerika Nikki Haley berkata Amerika ‘mengiktiraf perkara yang jelas: iaitu Baitulmakdis adalah ibu kota Israel’.



Menurut Cik Haley, Amerika terus ‘komited mencapai persetujuan keamanan yang berkekalan’ dan menuduh UN sebagai berat sebelah, dan ‘antara pertubuhan yang paling bersikap bermusuhan terhadap Israel’.



 “Israel tidak akan, dan tidak seharusnya dibuli mencapai sebarang persetujuan oleh UN atau oleh sebarang kumpulan negara yang telah menunjukkan ia tidak mempedulikan keselamatan Israel,” kata Cik Haley.



Buat masa ini, Israel telah mengerahkan batalion tambahan ke Tebing Barat untuk menangani sebarang keganasan selepas pemimpin Palestin menyeru pengikutnya mengadakan protes.



Sekurang-kurangnya 217 warga Palestin cedera dalam keganasan yang berlaku di Tebing Barat dan Timur Baitulmakdis, kata medik Palestin.



Di tempat lain, bantahan menentang pengumuman Encik Trump terus bertambah.



Ribuan penyokong Palestin mengadakan bantahan di Jordan, Mesir, Iraw, Turkey, Tunisia dan Iran.



Lebih jauh lagi, pembantah juga berhimpun di Malaysia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kashmir yang ditadbirkan India dan Indonesia - negara Muslim majoriti terbesar di dunia.



Baitulmakdis penting bagi kededua Israel dan Palestin kerana ia mengandungi tapak bersejarah yang penting bagi tiga agama monoteis - agama Yahudi dan Kristian, serta Islam.



Israel menjajahi sektor Timur - yang sebelum ini dijajahi Jordan - pada 1967 dan  merampasnya pada 1980, tetapi langkah itu pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.



Sekitar 330,000 warga Palestin tinggal di Timur Baitulmakdis, bersama sekitar 200,000 Yahudi yang menetap di 12 tempat tinggal (settlement) di sana. Pembinaan tempat tinggal itu dianggap menyalahi undang-undang berdasarkan undang-undang antarabangsa, tetapi Israel menganggap mereka sebagai kejiranan sah.



Mengikut perjanjian keamanan Israel-Palestin 1993, kedudukan muktamad Baitulmakdis hanya diperbincangkan di peringkat terakhir perbincangan keamanan.



Pusingan mutakhir perundingan antara Israel dengan Palestin runtuh pada 2014 dan Amerika kini sedang membentuk usulan baru.



Namun, pegawai Palestin berkata pengumuman Encik Trump itu telah memansuhkan kelayakan Amerika sebagai pengantara bagi perundingan di masa depan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >