Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel tawar ganjaran lumayan tangkap pemimpin Hamas

Dec 22, 2023 | 12:20 PM



ISTANBUL: Tentera Israel telah menaburkan daripada ruang udara Gaza risalah meminta bantuan penduduk untuk mengesan di mana pemimpin tertinggi Hamas berada.


“Akhir Hamas sudah dekat,” demikian bunyi risalah dalam bahasa Arab sambil menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membantu menangkap mereka yang “membawa kemusnahan dan kehancuran di Jaluran Gaza.”

Pemimpin Hamas di Gaza, Encik Yehia Sinwar, mengetuai senarai itu sebagai pertukaran untuk ganjaran AS$400,000 ($530,600) – lebih 1,500 kali ganda gaji bulanan purata pekerja di Gaza, lapor The New York Times.


Matlamat Israel dalam perang itu adalah untuk memusnahkan Hamas – kumpulan bersenjata Palestin yang memerintah Gaza – yang mereka dakwa telah memulakan peperangan dengan menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh 1,200 orang.

Namun, di sebalik kempen ketenteraan yang telah mengorbankan hampir 20,000 rakyat Palestin dan memusnahkan kejiranan di Gaza, Israel masih belum menemui Encik Sinwar dan tokoh kanan Hamas lain yang dianggap sebagai perancang utama serangan itu 10 minggu lalu.

Kini berusia 50-an tahun, Encik Sinwar merupakan pengasas Hamas pada akhir 1980-an dan mempunyai reputasi untuk menghukum rakyat Palestin yang disyaki mengintip untuk Israel.

“Beliau seorang yang sangat tabah, seorang yang kejam,” kata Profesor Madya Mkhaimar Abusada, pakar sains politik di Universiti Al-Azhar di Gaza yang kini berada di Kahirah.

Komitmen padu Encik Sinwar terhadap ideologi pertubuhannya menjadikannya tidak mungkin beliau dijatuhkan dengan mudah.

Profesor Madya Abusada, menggambarkan mentaliti Sinwar bahawa “Israel akan tersilap jika ia menyangka beliau akan menyerah diri atau menaikkan bendera putih.”

Israel juga sedang mencari saudara lelaki dan orang kepercayaan Encik Sinwar, iaitu Encik Mohammed.

Beliau tidak kelihatan sejak perang bermula, walaupun tentera Israel minggu ini mengeluarkan video Hamas yang menunjukkan beliau menaiki kereta melalui terowong bawah tanah di Gaza.

Risalah yang ditaburkan di Gaza menawarkan AS$300,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan Mohammed.

Turut dinamakan dalam risalah itu ialah Encik Rafi Salameh, seorang komander tentera Hamas, dan Encik Mohammed Deif, ketua sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, yang dipercayai kehilangan mata dan cedera parah dalam percubaan Israel sebelum ini untuk membunuhnya.

Israel menawarkan AS$200,000 untuk maklumat tentang Salameh dan AS$100,000 untuk Deif. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >