Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Istana utus surat ingin tahu jumlah sokongan bagi Muhyiddin

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri mendapat perhatian Istana Negara sehingga ia dilaporkan menghantar surat meminta pengesahan speaker Dewan Rakyat berhubung jumlah sokongan terhadap pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu.



Gambar surat yang tular itu ditandatangani Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dan diutuskan kepada Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun pada 9 Ogos lalu.



Ia dilaporkan secara meluas oleh media tempatan semalam.



Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman, mengesahkan menerima salinan surat tersebut.



Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan, beliau malah mempersoalkan kenyataan rakan sejawatnya Datuk Mohd Rashid Hasnon yang sebelumnya mendakwa tidak menyedari mengenai kewujudan surat berkenaan.



Laman berita Malaysia Post melaporkan kelmarin (12 Ogos) bahawa Datuk Azhar telah mengesahkan Tan Sri Muhyiddin hilang majoriti sebagai Perdana Menteri untuk memimpin kerajaan.



Beliau memaklumkan perkara itu kepada Istana Negara dengan mengesahkan Tan Sri Muhyiddin kini hanya memiliki 100 sokongan saja di Parlimen.



Surat yang didakwa diutuskan Datuk Azhar kepada Yang di-Pertuan Agong itu menyebut bahawa Tan Sri Muhyiddin hanya ada 100 kerusi selepas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, meletak jawatan selaku Menteri Pengajian Tinggi dan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.



Pada 9 Ogos lalu, Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen mereka, termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato' Sri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamadin Alamin yang tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin.



Dalam pada itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan semalam (13 Ogos) menyeru semua ahli parlimen menolak Tan Sri Muhyiddin dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.



Malah, gagasan pembangkang itu mengajak semua pihak yang menolak kerajaan PN supaya berunding untuk membentuk kerajaan yang inklusif dan progresif dengan semua parti dilayan secara adil.



Majlis Presiden PH dalam kenyataan berkata, perkara itu penting supaya semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah kerajaan yang mampu memperbetul segala kepincangan menjelang undi percaya Perdana Menteri di Parlimen bulan depan.



"Demi masa depan rakyat dan negara, semua pihak yang menentang Muhyiddin perlu bersama di meja rundingan sekarang untuk membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti dilayani secara adil," kata PH dalam kenyataan semalam.



Bagaimanapun, Pemuda Umno menegaskan bahawa status keabsahan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu siapa calon Perdana Menteri seterusnya.



Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana dua isu itu adalah perkara yang berbeza.



"Pertama sekali, kita kena faham proses. Dalam konteks Perdana Menteri, yang hilang kuasa, kena letak jawatan, itu baru satu bab atau satu fasa. Bab untuk melantik siapa Perdana Menteri, itu dua perkara yang berbeza. Kita tidak boleh campur adukkan," katanya.



Dalam satu perkembangan menarik, satu kumpulan telah menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberikan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atas sabitan kes mahkamah sebelum ini dan yang sedang berjalan, lapor portal berita Malaysiakini semalam.



Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) memohon perkara itu supaya dia boleh menjadi perdana menteri sementara.



Pengerusinya Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata, Datuk Seri Najib adalah salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang.



"Ini peluang untuk selamatkan Malaysia," katanya.



Sementara itu, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan 130 badan pertubuhan kerajaan (NGO) Islam yang bersama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menggesa semua pihak termasuk pemimpin supaya menghentikan agenda bertelagah dan berebut kuasa kerana ia boleh memecahbelahkan negara.



Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, menerusi satu kenyataan berkata pemimpin negara perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat dan bukan masanya untuk berebut kuasa dan bermusuhan sesama sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >