Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri, lelaki warga India didakwa bunuh suami

Feb 18, 2023 | 5:30 AM
a866fec5-4fe7-4c36-899f-33841032673c
-

SHAH ALAM: Seorang isteri bersama seorang lelaki warga India didakwa di Mahkamah Majistret di Shah Alam pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh suami wanita itu dua tahun lepas.

Lachhami Devi, 23 tahun, juga warga India dan Varun Kumar, 30 tahun, didakwa bersama membunuh Arshdeep Singh, 25 tahun, seorang lagi warga India, di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Hill, Subang Jaya, pada 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian Malaysia.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian manakala peguam Dr Pritam Singh Doal mewakili Varun sementara Lachhami tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April depan.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan seorang lelaki yang dipercayai membunuh suami kekasihnya dan menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang sebuah pusat jagaan orang tua, dua tahun lepas akhirnya terbongkar.

Pihak polis menerima laporan daripada orang awam, berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa di lokasi tersebut. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg