Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERDANA MENTERI BRITAIN YANG BARU

Isteri, mentua Sunak miliki kekayaan melimpah-ruah

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Sedang Encik Rishi Sunak bersiap menjadi perdana menteri ketiga Britain tahun ini, rasa ingin tahu tentang kekayaannya terus berlegar-legar dalam fikiran orang ramai.



Apakah kekayaan sebenar beliau?



Tahun ini, The Times of London menganggarkan bahawa Encik Sunak dan isterinya, Cik Akshata Murty, bernilai lebih daripada AS$800 juta ($1.2 bilion), meletakkan mereka dalam kalangan 250 orang atau keluarga Britain yang paling kaya. Sumber kekayaan mereka? "Teknologi dan dana lindung nilai," kata laporan itu.



Walau apa pun jumlah sebenar (pihak Encik Sunak tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan jika mereka melakukannya, tidak dijangka mendedahkan nilai harta sebenar mereka), persoalan telah berkisar tentang sama ada, memandangkan kekayaannya, jutawan dan bakal perdana menteri itu boleh berhubung dengan rakyat Britain biasa yang bergelut dengan krisis kos sara hidup. Lagipun, beliau akan menerajui langkah-langkah sukar untuk mengeluarkan negara daripada masalah kewangan yang mendalam dan mengelakkan kemelesetan.



Pada Ogos lalu, apabila Encik Sunak disoal secara langsung mengenai kekayaan peribadinya, beliau mengatakan bahawa walaupun beliau bernasib baik kerana berada dalam situasinya, beliau tidak "dilahirkan seperti ini."



Beliau menambah: "Saya fikir di negara kita, kita menilai orang bukan dengan akaun bank mereka; kita nilai mereka dengan akhlak dan perbuatan mereka."



Tetapi tabloid British sudah membuat penilaian, memberikan beliau nama "Rishi Rich"



Isterinya, seorang pereka fesyen, adalah anak perempuan kepada jutawan pengasas syarikat teknologi Infosys.



Seteru Encik Sunak sering menukil kegemarannya memakai sut yang berharga £3,500, kira-kira AS$4,300. Mereka juga menyatakan bahawa beliau yang gemar memakai Prada, pernah hadir di sebuah tapak pembinaan dengan memakai sepasang kasut jenama itu - berharga £490. Pasangan itu juga mempunyai hartanah di London; di kawasan parlimennya di Yorkshire, England; dan di Santa Monica, California.



Dilahirkan di Southampton, England, kepada seorang bapa yang merupakan seorang doktor dan seorang ibu yang mengendalikan sebuah farmasi, beliau menuntut di Kolej Winchester, salah satu sekolah paling elit di Britain. Lulusan Universiti Oxford itu juga menghadiri Universiti Stanford dan menjana kekayaan sendiri sebagai jurubank pelaburan di syarikat seperti Goldman Sachs sebelum menyertai Parlimen pada 2015 dan menjadi menteri kewangan pada 2020, pada usia 39 tahun.



Kini, beliau akan menjadi antara orang terkaya pernah menduduki 10 Downing Street.



Pada tahun ini, Encik Sunak nampaknya cuba menyerlahkan dirinya sebagai rakyat Britain biasa, dengan pergi ke kedai untuk membeli barangan. Namun peluang foto itu menjadi bahan lucuan.



Selepas menyampaikan belanjawan mininya kepada Dewan Rakyat pada Mac lalu, beliau pergi ke sebuah stesen minyak di New Cross, Lewisham, dengan memakai mikrofon pada tali lehernya, dan diiring kamera media. Rakaman yang disiarkan oleh Sky News menunjukkan pekerja stesen minyak itu menghala alat untuk mengimbas harga tin minuman Coke untuk Encik Sunak. Tetapi Encik Sunak, tidak menyedari peranti itu bukan mesin kad, cuba mengimbas kad banknya kepada alat tersebut.



Pengguna media sosial tidak mempunyai belas kasihan, mengejeknya sebagai seseorang yang terpisah daripada rakyat biasa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >