Topik diikuti
Pergi ke BHkuIsteri Mufti Dagestan mahu tanding gugat kedudukan Putin
Premium
Isteri Mufti Dagestan mahu tanding gugat kedudukan Putin
Jan 8, 2018 | 5:30 AM
Isteri Mufti Dagestan mahu tanding gugat kedudukan Putin

REAKSI BERBEZA: Pencalonan Cik Aina mendapat reaksi berbeza masyarakat Islam Russia. Bagaimanapun, Cik Aina menegaskan tidak mahu pencalonannya itu dilihat dari segi agama atau usaha umat Islam menampilkan saingan kepada Encik Putin. - Foto FACEBOOK AINA GAMZATOVA -
SELAMA 18 tahun tiada pencabar, kejantanan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bakal tergugat apabila wanita Islam dari wilayah Dagestan, Cik Aina Gamzatova, mengumumkan secara rasmi mahu bertanding menentang beliau dalam pilihan raya Presiden Russia 2018.
Pengumuman Cik Aina mendapat sambutan ratusan penyokongnya di Makhachkala, dua hari selepas mengesahkan pencalonannya menerusi Facebook.
