Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri pembunuh Orlando tahu mengenai serangan, mungkin didakwa

Jun 15, 2016 | 9:48 AM
Anak muda dari Pusat Islam Husseini di Sanford, Florida, melawat memorial sementara di Pusat Seni Persembahan Dr Phillips di Orlando bagi mengenang mangsa kejadian penembakan ramai-ramai di bandar itu.
Anak muda dari Pusat Islam Husseini di Sanford, Florida, melawat memorial sementara di Pusat Seni Persembahan Dr Phillips di Orlando bagi mengenang mangsa kejadian penembakan ramai-ramai di bandar itu. - AFP

ORLANDO (Florida): Isteri lelaki yang menembak mati 49 orang di sebuah kelab malam gay di Orlando tahu mengenai rancangannya hendak melakukan serangan itu, dan mungkin didakwa tidak lama lagi, kata sumber penguatkuasaan undang-undang pada Selasa (14 Jun).

Sumber itu berkata sebuah juri federal telah dibentuk dan mungkin mengenakan dakwaan ke atas isteri Omar Mateen, Cik Noor Salman, seawal Rabu (15 Jun).

"Nampaknya dia mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku," kata Senator Angus King, seorang ahli Jawatankuasa Perisikan Senat, yang mendapat taklimat mengenai serangan itu pada Selasa.

Memetik sumber Biro Siasatan Jenayah (FBI) Amerika Syarikat, FoxNews.com berkata pendakwa raya sedang cuba mengenakan ke atas Cik Noor pertuduhan menjadi penyumbang 49 tuduhan pembunuhan dan 53 tuduhan cubaan membunuh dan gagal memaklumkan penguatkuasaan undang-undang mengenai serangan yang akan dilakukan dan berbohong kepada ejen federal.

NBC News berkata Cik Noor memberitahu ejen federal beliau cuba memujuk suaminya supaya jangan melakukan serangan itu. Tetapi Cik Noor juga memberitahu FBI beliau pernah membawanya ke kelab malam Pulse itu kerana dia mahu menelitinya, kata NBC News.

Mateen, 29 tahun, yang ditembak mati oleh polis, menelefon talian 911 semasa menyerang kelab malam itu pada awal Ahad (12 Jun), untuk mengikrar taat setia pada kepada pelbagai kumpulan militan Islam.

Namun, penyiasat federal berkata warga kelahiran Amerika daripada ibu bapa asal Afghanistan itu mungkin menjadi radikal secara sendiri, dan tiada bukti dia mendapat arahan atau bantuan daripada pihak luar, seperti kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS). - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg