Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Istiadat hari keputeraan Agong dibatal, dana disalur bayar defisit negara

Aug 31, 2018 | 03:03 PM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Muhammad V, telah membatalkan Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan majlis teh diraja.



Dana bagi kedua-dua acara itu yang dijadualkan berlangsung 9 September ini, akan dikembalikan kepada kerajaan untuk Tabung Harapan Malaysia, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam satu kenyataan hari ini.



Tabung Harapan Malaysia itu ditubuhkan untuk orang ramai menyalurkan sumbangan derma bagi membantu kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan membayar balik hutang negara.



Bagaimanapun, acara lain sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi beliau tetap akan diteruskan seperti yang dirancang.



“Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, yang merancangkan majlis-majlis rasmi sempena sambutan ulang tahun rasmi tahun ini,” tambah Wan Ahmad Dahlan.



Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan beliau sedang menimbangkan kemungkinan menamatkan sumbangan kepada dana itu.



Namun, kerajaan belum menetapkan tarikh bila dana itu akan ditutup, kata Dr Mahatihir selepas menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin perniagaan Asean di Kuala Lumpur.



“Kami belum membuat keputusan, mungkin bulan depan,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >