Topic followed successfully
Go to BHkuIsu buli: Hukuman rotan di sekolah hanya diguna sebagai pilihan terakhir
Isu buli: Hukuman rotan di sekolah hanya diguna sebagai pilihan terakhir
Desmond Lee: Sekolah mesti patuhi protokol keselamatan pelajar yang ketat
May 5, 2026 | 4:39 PM
Isu buli: Hukuman rotan di sekolah hanya diguna sebagai pilihan terakhir
Pihak sekolah juga akan mengambil kira faktor-faktor seperti kematangan pelajar dan sama ada hukuman rotan akan membantunya belajar daripada kesilapannya. - Foto: FILE ST
Hukuman rotan, sebagai langkah disiplin, hanya digunakan “jika semua kaedah lain tidak mencukupi”, dan sekolah-sekolah mesti mematuhi protokol keselamatan pelajar yang ketat, kata Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, di Parlimen pada 5 Mei.
Hukuman rotan perlu diluluskan oleh pengetua sekolah dan hanya dilaksanakan oleh guru yang diberi kuasa, tambah Encik Lee sebagai menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai penggunaan kaedah itu untuk menangani isu buli di sekolah.
Laporan berkaitan
Tindakan disiplin lebih tegas bagi salah laku pelajar mulai 2027Apr 27, 2026 | 5:30 AM
AGC: Keputusan dakwa 2 guru rotan pelajar berdasarkan asas mencukupiOct 29, 2025 | 11:25 AM

