Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu Covid-19: EU 'amat galak' negara anggota perkenal ujian saringan ke atas pengunjung dari China

Jan 5, 2023 | 3:35 PM
MAKLUMKAN LANGKAH KAWALAN: Petugas dari Khidmat Kesihatan Perbandaran Belanda berada di lapangan terbang Schiphol di Amsterdam, Belanda, bagi mengagihkan alat ujian Covid-19 secara percuma kepada pengembara yang tiba dari China, pada Rabu (4 Jan).
MAKLUMKAN LANGKAH KAWALAN: Petugas dari Khidmat Kesihatan Perbandaran Belanda berada di lapangan terbang Schiphol di Amsterdam, Belanda, bagi mengagihkan alat ujian Covid-19 secara percuma kepada pengembara yang tiba dari China, pada Rabu (4 Jan). - AFP

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) 'amat menggalakkan' negara anggotanya melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas semua pengembara dari China sebelum berlepas dan menaiki pesawat. Menyatakan demikian pada Rabu (4 Jan), EU bagaimanapun akur bahawa tindakan sedemikian boleh menimbulkan kemarahan Beijing, yang sebelum ini sudah pun mengkritik industri penerbangan sedunia kerana menyasarkan pengembara dari negara itu. China menolak sekeras-kerasnya tindakan itu dan memberi amaran mengenai 'tindak balas' sekiranya dasar berkenaan dikenakan di seluruh blok EU. Presiden EU dalam kenyataannya, berkata negara anggota "bersetuju dengan pendekatan berjaga-jaga yang disyorkan". Perkara penting dalam kenyataan itu menegaskan "negara anggota amat digalakkan untuk menjalankan ujian Covid-19 bagi semua penumpang dari China". Berhubung isu lain, EU berkata terdapat persetujuan penuh untuk meminta penumpang memakai pelitup muka ketika melakukan perjalanan pergi dan balik dari China serta menawarkan nasihat mengenai kebersihan diri selain isu kesihatan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg