Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu di Timur Tengah boleh beri kesan kepada S'pura

Mereka memainkan peranan penting mengetengahkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu dan perkembangan di Malaysia dan Timur Tengah. Dengan pemahaman mendalam tentang konteks, bahasa dan budaya tempatan, mereka juga dapat menawarkan perspektif dan pandangan yang unik lagi berharga tentang peristiwa dan cabaran di seluruh dunia menerusi liputan dan analisis mereka berhubung perkembangan politik, ekonomi, sosial dan budaya. Berita Minggu memaparkan koresponden/penulis sambilan BERITA HARIAN yang telah dan akan menyumbang kepada halaman luar negara akhbar ini daripada lensa Malaysia dan Timur Tengah.
Mar 12, 2023 | 5:30 AM
ENCIK BOUCHAIB SILM: Penyelidik ehwal Timur Tengah. - Foto ihsan BOUCHAIB SILM
ENCIK BOUCHAIB SILM: Penyelidik ehwal Timur Tengah. - Foto ihsan BOUCHAIB SILM -

MESKIPUN Timur Tengah terletak jauh dari negara ini, kesan perubahan geopolitik di rantau itu juga boleh dirasakan di Singapura.

Oleh itu, penyelidik ehwal Timur Tengah, Encik Bouchaib Silm, berharap penulisannya yang disumbang kepada halaman luar negara Berita Harian boleh memberi analisis tentang perkembangan di Timur Tengah dalam pelbagai bidang yang menjejas warga Singapura sama ada secara langsung atau tidak.

Menurut Encik Bouchaib, 54 tahun, perkembangan politik di Timur Tengah dan Asia serta hubungan antara Asia dengan Timur Tengah - termasuk antara Singapura dengan Dunia Arab - merupakan antara isu yang paling dekat di hatinya.

Oleh itu, beliau berkata pembaca di Singapura juga perlu tahu tentang kesan perkembangan di Timur Tengah pada Asia dan khususnya pada Singapura, selain pelbagai peluang pelaburan dan peraturan perniagaan yang baru untuk menarik pelaburan dan bakat asing.

Oleh itu, Encik Bouchaib yang juga telah menerbitkan rencana dalam akhbar The Straits Times sebelum ini berkata beliau berharap dapat mempertingkat persefahaman dan dialog antara warga berlainan rantau itu serta menawarkan penerangan bagi pelbagai bidang berbeza termasuk budaya, tradisi, sejarah dan cara hidup.

"Saya boleh menawarkan analisis dan akaun berhubung perkembangan di Timur Tengah dalam pelbagai bidang yang menjejas warga Singapura secara langsung atau tidak. "Saya juga boleh meningkatkan persefahaman dan dialog antara warga (dari rantau berbeza) serta menawarkan penerangan bagi pelbagai bidang berbeza termasuk budaya, tradisi, sejarah dan cara hidup." - Encik Bouchaib Silm.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg