Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu had umur calon Presiden Indonesia diteliti susuli keputusan kontroversi mahkamah

Pencalonan Gibran untuk pilihan raya Februari kekal sah
Nov 08, 2023 | 02:21 PM



JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia akan membicarakan usul yang mencabar keputusannya baru-baru ini, yang meminda had umur calon presiden dan naib presiden, serta membuka laluan kepada anak sulung Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk turut bertanding dalam pilihan raya akan datang.


Pengumuman itu dibuat pada Selasa, hanya beberapa jam selepas Majlis Kehormat mahkamah mendapati Ketua Hakim Negara, Encik Anwar Usman, melakukan pelanggaran serius terhadap etika dan kelakuan baik sebagai hakim berhubung satu keputusan kontroversi dan mengarahkannya supaya berundur.

Keputusan kontroversi itu yang membolehkan anak saudaranya – anak Presiden Jokowi – Mayor Surakarta, Encik Gibran Rakabuming Raka, 36 tahun, bertanding bagi jawatan naib presiden pada pilihan raya 2024.

Undang-undang pilihan raya umum 2017 mewajibkan calon presiden atau naib presiden mestilah berumur sekurang-kurangnya 40 tahun.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah mengubah artikel berkaitan, menyatakan bahawa calon “mesti berumur sekurang-kurangnya 40 tahun atau mesti pernah berkhidmat atau berkhidmat dalam jawatan awam, melalui pilihan raya umum, termasuk pemilihan ketua pemerintah wilayah”.

Keputusan itu menerima usul awal yang dikemukakan oleh plaintif.

Encik Gibran layak bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana beliau telah dipilih sebagai datuk bandar Solo.

Dalam tempoh beberapa hari selepas keputusan 16 Oktober, Encik Gibran diumumkan sebagai pasangan calon presiden Encik Prabowo Subianto.

Pindaan artikel ini kini menghadapi cabaran undang-undang, yang dimulakan oleh Encik Brahma Aryana, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun dari Universiti Nahdlatul Ulama, Indonesia.

Encik Jimly Asshiddiqie, pengerusi Majlis Kehormat Mahkamah Perlembagaan, mendedahkan bahawa pempetisyen mempunyai pilihan meminta pengecualian hakim yang mengambil bahagian dalam keputusan kontroversi itu daripada panel.

“Ini bermakna panel itu hanya terdiri daripada empat hakim, yang berpotensi membawa kepada pembalikan keputusan itu,” kata Encik Jimly semasa sidang media di Jakarta.

Dengan Ketua Hakim Encik Anwar tidak lagi mempengerusikan sidang, belum pasti siapa yang akan mengetuai perbicaraan yang dijadualkan pada Rabu.

Bagaimanapun, Encik Jimly menegaskan walaupun keputusan itu dibatalkan, ia tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya sekarang.

Sebarang perubahan peraturan yang terhasil daripada perbicaraan semula akan sabit pada pilihan raya presiden berikutnya pada 2029.

“Perubahan akan berkuat kuasa pada 2029. Pilihan raya sekarang sudah pun dijalankan. Saya mahu menjelaskan perkara ini, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan,” katanya.

Kenyataannya itu bertujuan menggariskan bahawa pencalonan Encik Gibran untuk pilihan raya Februari akan datang, kekal sah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >