Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu ILS Seletar: CAAS, rakan M'sia usahakan instrumen alternatif berteras GPS

Apr 09, 2019 | 05:30 AM



DARI PUTRAJAYA: SINGAPURA dan Malaysia bersetuju membangunkan instrumen alternatif berdasarkan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) bagi Lapangan Terbang Seletar.



Instrumen tersebut akan menggantikan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang ditarik balik Singapura.



Selain itu, jawatankuasa peringkat tinggi, yang dipengerusikan bersama Setiausaha Tetap Pengangkutan Singapura dan Setiausaha Agung Pengangkutan Malaysia, telah dibentuk.



Jawatankuasa itu akan menyemak perjanjian yang ditandatangani pada 1974 bagi pengurusan ruang udara selatan Johor yang ditadbir Singapura tetapi terletak di ruang udara Malaysia.



Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Khaw Boon Wan, mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang diadakan bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Anthony Loke, selepas mereka mengadakan perbincangan dua hala selama 45 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan bekerjasama dengan Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi membangunkan sistem itu.



"Kami akan memperkenal pendekatan instrumen berdasarkan GPS dari utara Pasir Gudang dan selatan Singapura.



"Ini disebabkan pesawat yang terbang dan mendarat ke kawasan dihembus angin. Dengan angin bertiup dari timur laut dan barat daya pada waktu berbeza sepanjang tahun, kedua-dua pendekatan diperlukan,'' kata Encik Khaw.



Beliau menambah bahawa isu itu akan dimuktamadkan selepas isu ILS dan Larangan Kekal (RA) dihuraikan.



Encik Loke berkata Singapura dan Malaysia mencapai persetujuan bagi membenarkan syarikat penerbangan Malaysia Firefly menyambung semula khidmat ke Singapura pada 21 April ini.



Sebuah lagi syarikat penerbangan yang berminat terbang ke Seletar ialah Malindo Air.



Sabtu lalu, Singapura menarik balik tatacara ILS bagi Lapangan Terbang Seletar manakala Malaysia akan menggantung pelaksanaan RA di Pasir Gudang.



"Selepas beberapa pusingan perbincangan bagi memahami keprihatinan dan keperluan masing-masing, kedua-dua menteri telah mencapai huraian baik bagi kedua-dua negara,'' kata Encik Khaw.



Beliau menambah bahawa prosedur baru akan diterbitkan tidak lama lagi demi meningkatkan keselamatan penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Seletar.



Sehubungan itu, Encik Khaw berkata jawatankuasa peringkat tinggi, yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Pengangkutan Singapura dan Setiausaha Agung Pengangkutan Malaysia, telah dibentuk bagi menyemak Surat Perjanjian Operasi (OLA) yang ditandatangani pada 1974.



Malaysia melahirkan keinginan mengambil alih aturan itu yang dikendalikan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam Mesyuarat Navigasi Udara Serantau 1973. Ia dipersetujui negara rantau ini dan diluluskan Majlis ICAO.



"Malaysia tegaskan bahawa semakan itu penting bagi Malaysia. Saya beri jaminan Singapura akan melihat semakan itu dengan minda terbuka, memandangkan banyak pihak berkepentingan dan berkeperluan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan ruang udara yang sibuk,'' ujar Encik Khaw.



Beliau pun melahirkan keyakinan huraian baik bagi kedua-dua pihak dapat dicapai.



Encik Loke menambah bahawa ruang udara itu di bawah naungan Malaysia.



"Selepas 45 tahun memperuntukkan kepada Singapura, sudah masa menyemak perjanjian itu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >