Topik diikuti
Pergi ke BHkuIsu kerakyatan: Pemain, jurulatih Wild Boars tak terkecuali ikut aturan
Isu kerakyatan: Pemain, jurulatih Wild Boars tak terkecuali ikut aturan
CHIANG RAI: Ketua daerah Mae Sai di Chiang Rai, utara Thailand, menekankan bahawa kewarganegaraan diberi berdasarkan undang-undang, dan tidak ada pengecualian yang akan dibuat bagi tiga pemain bola sepak kanak-kanak dan jurulatih mereka yang diselamatkan dari gua Tham Luang.
"Saya faham bahawa masyarakat mahu budak-budak lelaki yang diselamatkan itu mendapatkan kewarganegaraan, tetapi kita harus mematuhi undang-undang," kata ketua daerah Mae Sai, Encik Somsak Khanakham, lapor akhbar The Nation semalam
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
