Topik diikuti
Pergi ke BHkuIsu Laut China Selatan: AS ingin cari cara baru kerjasama dengan Indonesia
Oct 30, 2020 | 5:30 AM
Isu Laut China Selatan: AS ingin cari cara baru kerjasama dengan Indonesia
JAKARTA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo, berkata Washington akan mencari cara baru untuk bekerjasama dengan Indonesia di Laut China Selatan di samping menghormati tindakan Jakarta untuk melindungi perairannya sendiri sambil menolak tuntutan 'tidak sah' China di kawasan itu.
Lawatan Encik Pompeo ke Indonesia itu dilakukan sempena satu siri lawatan ke lima negara Asia dengan beliau dijangka berusaha memperkukuh hubungan strategik dan ekonomi di tengah-tengah meningkatnya ketegangan antara Amerika dengan China.