Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu Pedra Branca: Sultan Johor terima laporan panel dibentuk kerajaan pusat

May 17, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menerima laporan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Pengerusi Pasukan Petugas Khas berkenaan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mempersembah laporan itu serta taklimat kepada Sultan Ibrahim di Istana Polo.



Berangkat sama ke pertemuan itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, lapor agensi berita Bernama.



Pada 29 Oktober lalu, Kabinet bersetuju membentuk Pasukan Petugas Khas itu susulan keputusan Kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).



Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baru yang memihak kepada Malaysia.



"Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?" soal Sultan Johor dalam satu kenyataan pada tahun lalu.



Pada pertemuan kelmarin, Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan kepada Pasukan Petugas Khas bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dijadikan pengetahuan umum.



"Ini adalah soal kedaulatan negeri Johor. Rakyat Johor berhak mengetahui mengapa Kerajaan PH (Pakatan Harapan) mengambil keputusan sedemikian," kata Sultan Johor. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >