Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu pengeluaran minyak: Biden janji 'tindakan' ke atas Saudi

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, akan mengambil "tindakan yang teratur" dalam memutuskan cara bertindak balas terhadap Arab Saudi berhubung pengurangan pengeluaran minyak, namun antara pilihan termasuk perubahan kepada bantuan keselamatan Amerika, kata penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, kelmarin.



Bercakap kepada CNN, Encik Sullivan berkata tiada perubahan kepada hubungan AS-Saudi akan berlaku sedang Encik Biden membuat penilaian semula.



"Presiden tidak akan bertindak secara mendadak. Beliau akan bertindak secara teratur, strategik dan beliau akan meluangkan masa berunding dengan anggota kedua-dua parti, dan juga memberi peluang Kongres memberi saranan supaya beliau boleh duduk bersama mereka secara peribadi dan membuat keputusan," kata Encik Sullivan.



Sehari selepas pengeluar minyak Opec+ minggu lalu mengumumkan pemotongan pengeluaran atas bantahan Amerika, Encik Biden berikrar akan mengenakan "tindakan" ke atas Arab Saudi kerana berpihak kepada Russia dalam menyokong pengurangan itu.



Tindakan Opec+ menjejaskan rancangan negara Barat mengenakan had harga eksport minyak Russia sebagai tindak balas kepada perang Moscow di Ukraine.



Ia boleh menyebabkan harga minyak melambung di tengah-tengah krisis tenaga yang dicetuskan oleh perang di Ukraine, dan sedang pengundi Amerika yang tertekan dek inflasi bersedia membuang undi dalam pilihan raya pertengahan penggal pada bulan depan.



Pegawai Saudi telah mempertahankan langkah itu sebagai bermotifkan ekonomi semata-mata, bukan politik.



Keputusan itu dilihat secara meluas sebagai tamparan diplomatik, sejak Encik Biden mengunjungi Arab Saudi pada Julai lalu dan bertemu pemimpin de-facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, biarpun pernah berikrar menjadikan kerajaan itu sebagai 'pariah' antarabangsa berikutan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018.



Senator Amerika, Encik Bob Menendez, seorang Demokrat yang mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, menggesa menghentikan kebanyakan penjualan senjata Amerika ke Arab Saudi selepas langkah Opec+ itu.



Pilihan Encik Biden "termasuk perubahan kepada pendekatan kami terhadap bantuan keselamatan ke Arab Saudi, tetapi saya tidak akan mendahului Presiden. Apa yang saya akan katakan ialah tiada apa-apa yang akan berlaku", kata Encik Sullivan, sambil menambah bahawa ada masa untuk Encik Biden berunding dengan Kongres.



Encik Sullivan berkata Encik Biden tidak bercadang untuk bertemu putera mahkota pada sidang kemuncak pemimpin Kumpulan 20 (G-20) bulan depan di Indonesia.



Pertelingkahan Amerika-Saudi menyebabkan perbincangan menteri kewangan G-20 dan bank pusat di Washington ditamatkan Khamis lalu tanpa perisytiharan bersama.



Kumpulan itu berpecah pendirian ekoran konflik di Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >