Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu sokongan majoriti di Parlimen: Muhyiddin serah pada Agong buat keputusan

Oct 13, 2020 | 10:21 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.



"Saya serahkan kepada kebijaksanan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu adalah dalam kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong.


"Oleh itu, kita harus memberikan kepercayaan kepada baginda memutuskan apa yang sepatutnya diputuskan," katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya dari kediamannya hari ini (Selasa, 13 Oktober).


Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai majlis terima mengadap Datuk Anwar di Istana Negara pagi tadi bagi mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata, beliau sebenarnya tidak mengikuti perkembangan politik itu.


Menurutnya, keutamaannya kini adalah untuk menguruskan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19.



"Saya masih berada di sini sebagai perdana menteri. Tugas dan amanah saya mesti dilaksanakan.

"Perhatian utama adalah menguruskan masalah Covid dan menguruskan masalah ekonomi negara," katanya.



“Ketika dia (Anwar) berada di istana, saya di sini di hadapan televisyen mengadakan sidang video dengan anggota Majlis Keselamatan Negara untuk membincangkan isu Covid-19," katanya.



Sementara itu, mantan perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau memberikan sokongan kepada mana-mana individu sebagai calon perdana menteri.



Katanya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskannya juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang berkehendakkan jawatan itu.



Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu kononnya beliau menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi perdana menteri.



"Saya ingin menyatakan saya tidak pernah memberi sokongan kepada sesiapapun sebagai calon untuk menjadi perdana menteri.

"Saya sendiri berada dalam parti baru saya iaitu Pejuang dan parti ini bebas tidak ada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang mempunyai cita-cita mendapat sesuatu jawatan," katanya dalam perutusan khas yang disampaikan melalui media sosial hari ini. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >