Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Isu tempeleng: Penganjur Oscar larang Smith hadiri acara 10 tahun

Apr 10, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Penganjur Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94, Akademi Seni Filem dan Sains mengambil tindakan tegas terhadap bintang terkemuka Hollywood, Will Smith dengan memutuskan larangan menyertai acara itu selama 10 tahun.



Larangan itu diputuskan, semalam ekoran insiden Smith menempeleng Chris Rock, sekali gus mengejutkan penonton di Dolby Theatre, Los Angeles, dan seluruh dunia yang menyaksikan anugerah berprestij itu secara siaran langsung pada penghujung Mac lalu.



Ia berlaku ketika Rock menjadi penyampai kategori Dokumentari Terbaik, membuat lawak kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith, Jada Pinkett Smith, yang botak dengan menyamakannya seperti watak GI Jane lakonan Demi Moore.



Memetik laporan portal BBC News, penganjur menerusi kenyataan berkata, acara menghargai karyawan seni itu dibayangi tindakan buruk dan tidak boleh diterima yang Smith pamerkan atas pentas.



"Larangan dilakukan terhadapnya bagi bertujuan melindungi karyawan seni dan tetamu agar terus meletakkan kepercayaan kepada Anugerah Akademi.



"Selama insiden pergeseran antara mereka terjadi, kami kurang bertindak menangani situasi tidak terduga ini. Kami tidak bersedia untuk isu yang belum pernah terjadi sebelumnya. Untuk ini, kami minta maaf.



"Terima kasih kepada Rock kerana menangani situasi terjadi dengan profesional," kata kenyataan berkenaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >