Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu utama pilihan raya

Oct 14, 2022 | 5:30 AM
e4abb292-8e76-4aef-8107-00971862d18c
-

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Isnin lalu yang membuka jalan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berikut antara isu utama yang mungkin menjadi perhatian dan menjadi pertimbangan di kalangan rakyat Malaysia semasa mengundi:

EKONOMI & INFLASI

Harga barangan, terutama makanan, yang terus meningkat dan prospek ekonomi dijangka menjadi pertimbangan. Kerajaan dan bank pusat telah memberi amaran mengenai pertumbuhan perlahan tahun depan -- dijangka berkembang 4%-5% tahun depan, berbanding jangkaan pertumbuhan 6.5%-7% tahun ini. Harga telah merangkak naik, terutamanya untuk barangan makanan.

Kerajaan pula menyatakan ia akan mengurangkan subsidi mulai 2023 disebabkan tekanan fiskal, yang boleh mengakibatkan harga terus naik jika pentadbiran baharu meneruskan rancangan itu.

KEMANTAPAN POLITIK

Rakyat Malaysia dikatakan kecewa dengan perebutan kuasa dan percaturan politik yang menggegarkan negara sejak pembangkang mengalahkan Umno yang telah lama berkuasa dalam PRU14. Kemenangan oleh pakatan pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu sejarah. Sejak digulingkan, Umno telah cuba untuk kembali ke tampuk kuasa -- sehingga berlaku pertelingkahan di dalam barisan dan rakan sekutu parti-parti politik. Dalam masa dua tahun, negara itu mempunyai tiga perdana menteri, sedang ekonomi terjejas oleh pandemik Covid-19. PRU15 bermakna mengembalikan mandat kepada rakyat dan kemantapan politik diharap dapat dipulihkan.

RASUAH

Rasuah dilihat sebagai sebab utama kekalahan Umno pada PRU14. Beberapa pemimpin tertinggi Umno. Bekas perdana menteri Najib Razak, bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai kanan parti lain, telah dikenakan berpuluh tuduhan rasuah.

Golongan ini dikatakan mendesak PRU15 segera diadakan.

KAUM DAN AGAMA

Isu perkauman dan agama masih menjadi isu yang menjadi perbalahan di negara berbilang kaum dengan sekitar 32.7 juta orang. Etnik Melayu, kebanyakannya beragama Islam, dan peribumi membentuk kira-kira 70 peratus daripada penduduk, manakala selebihnya terdiri daripada etnik Cina dan India. Jawatan dalam kabinet menjadi perhatian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg