Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Isu vaksin antara dibincang pemimpin 4 negara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Isu vaksin antara dibincang pemimpin 4 negara

Sep 25, 2021 | 05:30 AM

WASHINGTON: Pertemuan pertama secara fizikal pemimpin kumpulan negara Quad - Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan India - yang dijadual lewat semalam bakal menghasilkan kemajuan dalam beberapa bidang termasuk infrastruktur, kesihatan dan siber, kata seorang pegawai kanan pentadbiran AS kepada Reuters.

Pemimpin Quad itu - Presiden AS Joe Biden, Perdana Menteri India Narendra Modi, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan Perdana Menteri Australia Scott Morrison - juga akan membincangkan keselamatan serantau, kata pegawai itu kelmarin, walaupun beliau menekankan isu keselamatan bukanlah tumpuan kumpulan tidak rasmi yang telah bergabung sebagai tindak balas ke atas kekuatan dan pengaruh China yang semakin meningkat.

Walaupun enggan memberi butir terperinci, pegawai itu, yang tidak ingin dikenali, berkata sidang puncak di Rumah Putih itu "akan banyak membincangkan" mengenai langkah selanjutnya mengenai vaksinasi di rantau Indo-Pasifik.

"Kami mempunyai apa yang kami sebut sebagai perkara yang boleh dilakukan dalam bidang prasarana, penglibatan kesihatan lebih luas mengenai sains dan teknologi di ruang angkasa, di siber," katanya.

Beliau menyebut komitmen yang dibuat pada pertemuan maya pemimpin Quad pada Mac lalu untuk menyediakan satu bilion suntikan Covid-19 di merata Asia pada akhir 2022 sebagai "penting."

"Jelas, terdapat cabaran di India semasa musim panas. Tetapi... kami percaya adalah penting untuk memenuhi matlamat yang kami tetapkan pada masa itu," tambahnya.

Inisiatif Mac terpaksa ditangguhkan setelah India, pengeluar vaksin terbesar di dunia, dilanda kenaikan jangkitan yang dahsyat dan menghentikan semua eksport vaksin.

India kini mengatakan ia bersedia memulakan semula eksport vaksin mulai bulan depan, mengutamakan inisiatif pengongsian vaksin antarabangsa Covax dan negara jirannya terlebih dahulu.

Pertemuan Quad itu diadakan lebih seminggu setelah AS, Britain dan Australia mengumumkan perjanjian keselamatan yang dinamakan Aukus yang akan membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear AS, langkah yang segera dikecam China.

Pegawai kanan AS itu menyebut pertemuan Quad kali ini "bersejarah" dan peluang bagi keempat-empat pemimpin untuk berbincang secara terbuka mengenai "cabaran moden, harapan dan aspirasi mereka."

China telah mengecam Quad sebagai langkah Perang Dingin dan berkata pakatan Aukus pula akan meningkatkan perlumbaan senjata di rantau Indo-Pasifik.

Pegawai AS itu menolak kebimbangan Beijing, dan menarik perhatian bahawa China dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah melaksanakan pembangunan ketenteraan paling cepat dalam sejarah. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3