Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Italy 'kekeringan'...

Feb 22, 2023 | 5:30 AM
TIDAK DAPAT BERGERAK: Bot kelihatan 'tersangkut' di terusan semasa air surut yang teruk di bandar lagun Venice, Italy. - Foto REUTERS
TIDAK DAPAT BERGERAK: Bot kelihatan 'tersangkut' di terusan semasa air surut yang teruk di bandar lagun Venice, Italy. - Foto REUTERS -

MILAN (Italy): Cuaca musim sejuk yang kering selama berminggu-minggu telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk yang merasakan Italy mungkin menghadapi satu lagi kemarau.

Ini selepas keadaan mencemaskan semasa musim panas lalu, dengan Banjaran Alps menerima kurang separuh daripada salji sebagaimana biasa, menurut saintis dan kumpulan alam sekitar.

Amaran itu datang ketika Venice, di mana banjir biasanya menjadi kebimbangan utama, menghadapi air surut luar biasa yang menyebabkan gondola, teksi air dan ambulans tidak dapat menyusuri beberapa terusan terkenalnya.

Masalah di Venice dipersalahkan atas gabungan faktor - kekurangan hujan, sistem tekanan tinggi, bulan purnama dan arus laut.

Sungai dan tasik di Italy mengalami kekurangan air yang teruk, menurut kumpulan alam sekitar, Legambiente, pada Isnin, dengan keadaan tertumpu di utara negara itu.

Po, sungai terpanjang di Italy yang mengalir dari pergunungan Alps di barat laut ke Adriatik, mengalami kekurangan 61 peratus air daripada biasa pada 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg