Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Italy saran vaksin AstraZeneca diguna hanya untuk mereka berusia 60 tahun ke atas

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Italy menyarankan kelmarin (7 Apr) agar suntikan vaksin Covid-19, AstraZeneca, digunakan hanya untuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas, dan mereka yang berumur di bawah 30 tahun harus mendapatkan pilihan lain disebabkan kemungkinan adanya kaitan antara vaksin dan terjadinya kes darah beku akibat daripadanya - walaupun ia jarang berlaku.



Lebih 12 negara, pada satu ketika menggantung penggunaan vaksin tersebut, yang telah diberikan kepada puluhan juta di Eropah.



Bagaimanapun, hampir semuanya telah meneruskan penggunaan vaksin tersebut, dengan beberapa, termasuk Perancis, Belanda dan Jerman, menyarankan usia minimum.



Menteri-menteri kesihatan Kesatuan Eropah (EU) gagal untuk mencapai persetujuan tentang penggunaan suntikan itu, meskipun ada gesaan untuk melakukan penyelarasan merentasi negara-negara anggota bagi menangani rasa keberatan di kalangan orang ramai ke atas sesuatu vaksin untuk menjadi satu komponen utama dalam pelbagai program vaksin.



Pihak berkuasa kesihatan Italy menyarankan agar suntikan AstraZeneca hanya digunakan ke atas orang yang berumur 60 ke atas, tetapi menyatakan mereka dibawah 60 tahun yang mungkin telah mengambil vaksin tersebut boleh mengambilnya untuk kali kedua.



Seorang pegawai di Britain berkata, nasihat baru oleh sebuah kumpulan penasihat pemerintah bahawa vaksin-vaksin lain boleh dipilih untuk mereka di bawah usia 30 tahun di mana boleh, "adalah di luar keprihatinan mendalam, dan bukannya kerana kami punya perhatian yang lebih serius".



Pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) semalam berkata, tiada faktor risiko khusus termasuk usia yang dikenal pasti bagi pembekuan darah dengan vaksin AstraZeneca, yang mungkin berpunca daripada tindak balas daya tahan badan.



"Faktor risiko tertentu seperti usia, jantina atau sejarah perubatan belum dapat disahkan kerana kejadian yang jarang berlaku dapat dilihat di semua peringkat usia," kata ketua Agensi Ubatan Eropah, Cik Emer Cooke, pada sidang akhbar.



"Penjelasan yang masuk akal untuk kesan sampingan yang jarang berlaku ini ialah tindak balas imun terhadap vaksin."



Pada 7 Apr lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan tiada sebab untuknya mengubah penilaiannya mengenai manfaat vaksin AstraZeneca terhadap Covid-19 melebihi sebarang risiko.



WHO kini sedang meneliti data terbaru, di samping pengawal selia dari Eropah dan negara lain, disusuli laporan mengenai isu darah beku dalam kalangan individu yang sudah menerima vaksin terbabit, demikian menurut Pengarah Agensi Pengawalan dan Prakelayakan WHO, Encik Rogerio Gaspar.



Seorang pegawai kanan badan pengawalan ubat-ubatan Eropah mengatakan terdapat 'kaitan' jelas antara vaksin AstraZeneca dengan darah beku pada bahagian otak yang amat jarang berlaku walaupun puncanya masih belum diketahui setakat ini.



Agensi Perubatan Eropah mengeluarkan satu kenyataan, disusuli kenyataan oleh pengerusi pasukan penilaian vaksin, Encik Marco Cavaleri.



Encik Gaspar berkata, WHO menjangkakan akan memperoleh penilaian terbaru dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, beliau tidak percaya terdapat sebarang sebab untuk mengubah panduannya bahawa manfaat vaksin berkenaan menjangkaui sebarang risiko.



"Apa yang kami boleh katakan terhadap penilaian yang kami ada buat masa ini melalui pertimbangan pakar perubatan bahawa manfaat bagi vaksin ini masih positif.



"Kami akan terus melihat sejumlah peristiwa yang jarang berlaku mengaitkan kejadian penurunan platelet darah (thrombocytopenia) dan darah beku pada pembuluh darah (tromboemboli) dari segi diagnostik, penduduk dan jumlah dalam kalangan penduduk," katanya pada sidang media di Geneva.



Beliau berkata, pertubuhan itu juga sudah berhubung dengan pelbagai jawatankuasa pakar nasional dan serantau yang akan memutuskan berhubung status pengawalan vaksin berkenaan.



"Buat masa ini, tiada bukti bahawa penilaian manfaat-risiko bagi vaksin itu perlu diubah," katanya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >