Topik diikuti
Pergi ke BHkuIzzah gesa AS minta M'sia bebaskan Anwar
Premium
Izzah gesa AS minta M'sia bebaskan Anwar
Sep 20, 2015 | 10:33 AM
Izzah gesa AS minta M'sia bebaskan Anwar

CIK NURUL IZZAH: Minta Datuk Seri Anwar dibebaskan dan diberi akses kepada pembedahan akibat sakit yang dideritai. - Foto fail -
WASHINGTON: Anak sulung ketua pembangkang Malaysia yang ditahan, Cik Nurul Izzah Anwar, menggesa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya mengenakan tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar melepaskan ayahnya dan meninggalkan dasar autoritarian.
Dalam satu temu bual di Washington semasa lawatan bagi melobi pegawai Amerika dan ahli politiknya Jumaat lalu, beliau berkata adalah penting menghalang Datuk Seri Najib daripada menggunakan lawatan Encik Obama ke Malaysia November ini bagi meningkatkan kedudukannya.
