Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Jabatan agama Kelantan tumpas sindiket nikah 'Lebai Loh'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jabatan agama Kelantan tumpas sindiket nikah 'Lebai Loh'

Nov 22, 2021 | 05:30 AM

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan menumpaskan sindiket nikah dikenali sebagai 'Lebai Loh' di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai.

Serbuan yang dilakukan baru-baru ini membawa kepada penahanan seorang bekas imam digelar 'Lebai Loh'.

Pengarah jabatan itu, Datuk Che Mohd Rahim Che Jusoh, berkata pihaknya turut merampas beberapa dokumen berkaitan perkahwinan termasuk borang dari Thailand dalam serbuan berkenaan.

"Kegiatan nikah sindiket 'Lebai Loh' ini dipercayai bergiat sejak sekian lama dan mungkin ramai pasangan mendapatkan perkhidmatan bekas imam itu.

"Selain penduduk setempat, ada juga penduduk dari luar Kelantan yang mendapatkan khidmat jurunikah sindiket terbabit.

"Kebanyakan sindiket nikah ini akan mengenakan bayaran antara RM2,000 ($649) hingga RM3,000 berbanding kos sebenar mengikut undang-undang iaitu RM125," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya baru-baru ini.

Datuk Rahim berkata kebanyakan sindiket terbabit mempunyai rangkaian dengan Thailand.

"Sebelum ini, kita menumpaskan sindiket nikah 'Imam Wahab' di Rantau Panjang, 'Imam Che Mud' di Machang, 'bekas Imam Muda' di Ketereh sebelum yang terbaru membabitkan 'Lebai Loh'.

"Kita berharap masyarakat tidak menggunakan perkhidmatan sindiket nikah berkenaan kerana mereka tidak mempunyai kelayakan.

"Pasangan yang menggunakan khidmat sindiket berkenaan juga diminta tampil di pejabat agama bagi membuat pengesahan perkahwinan," katanya.

Sementara itu, BHM melaporkan bahawa sindiket nikah 'Lebai Loh' dikatakan sudah beroperasi lebih 20 tahun lalu.

Bekas imam berusia 71 tahun itu dikatakan menjadikan kediamannya di Kampung Chuchoh Puteri dekat Kuala Krai sebagai tempat akad nikah.

Sumber menyatakan antara beberapa sebab mendorong pasangan memilih khidmat sindiket nikah iaitu mahu berpoligami, tiada restu keluarga dan mahu berkahwin dengan warga asing.

"Bagi kegiatan sindiket Lebai Loh, orang tengah dipercayai berperanan mencari dan membawa pasangan pengantin ke rumah Lebai Loh untuk dinikahkan.

"Bayaran dikenakan dikatakan bergantung pada tahap kesulitan dialami pasangan dan bayaran dibahagi sama rata antara orang tengah dengan Lebai Loh.

"Pasangan pengantin sanggup membayar walaupun caj yang dikenakan mahal bagi memastikan urusan akad nikah berjalan lancar," kata sumber itu.

Sumber itu berkata Lebai Loh dipercayai turut mempunyai rangkaian di negara jiran kerana sijil nikah yang diberi kepada pengantin adalah dari sana.

"Sebelum ini, pasangan yang mahu berpoligami atau gagal mendapat restu keluarga memilih berkahwin di seberang, tetapi kini banyak sindiket dikesan beroperasi di sini.

"Ia membimbangkan kerana perkahwinan berkenaan tidak sah, manakala pasangan berkenaan tinggal bersama dan mempunyai anak," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3