KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa bekas pegawai polis Azilah Hadri dibawa keluar dari Penjara Kajang untuk berjumpa orang kenamaan (VVIP) Februari lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Jabatan Penjara mengatakan Azilah, yang menunggu hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak pernah dibawa keluar dari Penjara Kajang sepanjang tahun ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg