Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jakarta dilanda banjir, lebih 1,000 penduduk dipindah

Feb 21, 2021 | 5:30 AM
PENDUDUK DIBANTU: Pekerja penyelamat memindahkan penduduk daripada rumah mereka yang dilanda banjir di Bekasi kelmarin, apabila hujan lebat menyebabkan banjir di bandar di pinggir Jakarta itu. - Foto AFP
PENDUDUK DIBANTU: Pekerja penyelamat memindahkan penduduk daripada rumah mereka yang dilanda banjir di Bekasi kelmarin, apabila hujan lebat menyebabkan banjir di bandar di pinggir Jakarta itu. - Foto AFP -

JAKARTA: Banjir teruk melanda di beberapa kawasan di ibu negara Indonesia memaksa lebih daripada 1,000 orang meninggalkan rumah mereka semalam, dengan agensi meteorologi negara itu memberi amaran bahawa keadaan itu akan berlanjutan sehingga minggu depan.

Seramai 1,380 penduduk Jakarta telah pindahkan dari daerah selatan dan timur kota yang mempunyai 10 juta penduduk itu, setelah banjir mencecah ketinggian sehingga 1.8 meter di beberapa daerah, kata Sabdo Kurnianto, pemangku ketua agensi tindakan bagi pengurangan bencana di Jakarta dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata sejauh ini tidak ada korban jiwa dilaporkan.

Orang ramai telah memuat naik gambar-gambar di media sosial yang merakamkan penduduk cuba melintasi banjir yang berlumpur yang tinggi di bahu jalan; kereta hampir keseluruhannya tenggelam, dan pasukan penyelamat yang menggunakan bot pelampung.

"Sekitar 200 kawasan sejauh ini terjejas, menurut data terbaru," kata Gabenor Jakarta Anies Baswedan kepada televisyen tempatan pada pagi semalam, sambil menambah bahawa pusat-puast pemindahan sementara telah disiapkan di seluruh kota.

Banjir itu melanda pada saat Indonesia menghadapi jumlah kes tertinggi Covid-19 di Asia Tenggara, serta kemelesetan ekonomi.

Agensi meteorologi Indonesia memberi amaran bahawa hujan lebat musim tengkujuh ini mungkin berlanjutan sehingga beberapa hari mendatang, dengan hujan lebat, guruh dan angin kencang. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg