Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta jaya kurangkan 26% pengeluaran gas rumah hijau

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Gabenor Jakarta Encik Anies Baswedan berkata ibu kota Indonesia itu telah berjaya mengurangkan sebanyak 26 peratus pengeluaran gas rumah hijau dalam usaha untuk mencapai sasaran pengurangan 50 peratus pada 2030.



Beliau juga berkata Jakarta sedang berusaha untuk meningkatkan daya tahan masyarakat dalam menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.



Encik Anies berkata demikian semasa berucap di Forum Antarabangsa Bandar Sifar Karbon, yang diadakan secara dalam talian oleh Institut Strategi Sekitaran Global.



"Jakarta saat ini komited untuk menjadi bandar yang berdaya tahan dan kami telah mengurangi 26 peratus pengeluaran gas rumah hijau.



"Kami akan terus berusaha sehingga matlamat ini tercapai, atau bahkan lebih daripada itu," kata Encik Anies di forum itu kelmarin.



Beliau berkata bandar itu juga mengambil langkah ke arah tujuan itu melalui banyak kerjasama dan pembentukan pasukan petugas iklim yang ditubuhkan pada tahun 2020.



Pasukan petugas iklim itu terdiri daripada pihak berkepentingan dalam institusi awam, entiti swasta, pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan universiti.



Encik Anies juga menarik perhatian tentang pembangunan zon pengeluaran rendah (LEZ) di bandar itu dengan mengubah sektor pengangkutan awam yang baru-baru ini diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan Anugerah Pengangkutan Mampan 2020 oleh Institusi bagi Dasar Pengangkutan dan Pembangunan yang berpangkalan di New York.



Anugerah itu mengiktiraf usaha Jakarta dalam membangun dan menguji kenderaan elektrik bagi sistem pengangkutan bas Transjakarta yang dilancarkan pada 2004.



Usaha ini sejajar dengan usaha Presiden Joko "Jokowi" Widodo untuk membangun kenderaan elektrik bagi mengurangkan pengeluaran gas hijau dan pencemaran udara.



Satu laporan tahunan mengenai negara-negara dengan pencemaran udara paling teruk pada 2020 menunjukkan Indonesia menduduki tempat kesembilan.



Laporan IQAir itu menunjukkan pencemaran oleh habuk kecil di empat dalam lima negara sedunia telah melebihi tahap yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), meskipun ada sekatan Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >