Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FOKUS BERITA: INDONESIA

Jakarta perhebat rundingan mengenai tatalaku pertikaian di Laut China Selatan

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia merancang untuk memperhebat rundingan antara China dengan negara-negara Asia Tenggara lain dalam usaha memuktamadkan tatalaku (COC) bagi pertikaian ke atas hak wilayah Laut China Selatan di tengah-tengah ketegangan semakin memuncak di laluan perairan strategik itu.



Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, berkata demikian di majlis penutupan pertemuan antara para menteri luar Asean.



Indonesia merupakan pengerusi bagi blok serantau 10 anggota itu, tahun ini.



"Pandangan Asean mengenai Indo-Pasifik menjadi tumpuan dalam perbincangan kami.



"Kami juga membincangkan mengenai COC, komitmen ahli untuk menyelesaikan rundingan COC secepat mungkin," katanya.



Rundingan COC - rangka kerja dicadangkan untuk membantu menangani pertikaian wilayah dan maritim di laluan air terhenti selama bertahun-tahun kerana beberapa negara anggota mengutamakan hubungan dua hala dengan China berbanding kesepakatan serantau.



Indonesia, kata menteri luar negara itu, bersedia menjadi tuan rumah pusingan rundingan COC tahun ini, yang pertama berlangsung pada Mac ini.



China menuntut bidang kuasa ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan berdasarkan 'nine-dash line' atau 'sembilan garis putus' berbentuk U, sempadan yang didapati tidak mempunyai asas undang-undang oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap di Hague, Belanda, pada 2016.



Awal minggu ini, Filipina memberikan Amerika Syarikat akses lebih luas ke atas pangkalan tenteranya, sebahagiannya disebabkan tuntutan meluas Beijing di kawasan maritim yang kaya dengan sumber.



Anggota Asean merangkumi Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei semuanya mempunyai tuntutan bertindih dengan China terhadap laluan air strategik itu.



Indonesia bukan penuntut rasmi tetapi menghadapi penolakan dari China berhubung penerokaan rizab minyak dan gas di Laut Natuna Utara.



Bulan lalu, Indonesia menghantar kapal perang ke kawasan berkenaan untuk memantau kapal pengawal pantai China.



Menurut Pengarah Kerjasama ASEAN di Kementerian Luar Indonesia, Encik Sidharto R Suryodipuro, pendekatan baharu akan diterokai oleh semua negara anggota Asean dan rakan sejawat China untuk mencapai kemajuan dalam COC.



"Apa yang penting ialah semua bersetuju bahawa ini harus menjadi pandangan yang boleh dilaksanakan dan mengikut undang-undang antarabangsa," katanya.



Dalam perbincangan mereka kelmarin, Indonesia menegaskan kepada kuasa-kuasa besar untuk tidak menggunakan Asia Tenggara sebagai "proksi" dalam persaingan antara mereka, sambil turut menyeru perpaduan dan kemajuan dalam krisis Myanmar.



Pertikaian mengenai Laut China Selatan telah menyaksikan beberapa negara anggota Asean berpihak - dengan ada menentang Beijing dan ada pula meningkatkan simpati terhadap penentangan AS terhadap ketegasan China yang semakin meningkat, tetapi yang lain telah menunjukkan sokongan terhadap isu-isu sejajar dengan kuasa besar Asia itu.



Dalam isu berasingan, anggota Asean mengulangi sokongan terhadap rancangan damai lima perkara blok itu ke atas Myanmar yang merangkumi pemberhentian konflik di negara itu dan permulaan dialog. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >