Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jakarta tegas tangani soal bakar hutan

Lebih 450 suspek ditahan kerana bakar di tanah terbuka dan hutan sejak Jan 2016
Aug 26, 2016 | 11:20 AM
TINDAKAN TEGAS: Lebih 450 suspek telah ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran terbuka di tanah dan hutan negara itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. - Foto mSTAR ONLINE
TINDAKAN TEGAS: Lebih 450 suspek telah ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran terbuka di tanah dan hutan negara itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. - Foto mSTAR ONLINE -

JAKARTA: Kejadian kebakaran hutan yang mengakibatkan masalah pencemaran dan gangguan kesihatan penduduk tempatan dan negara jiran mendorong pihak berkuasa Indonesia bertindak lebih tegas tahun ini.

Setkat ini, lebih 450 suspek telah ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran terbuka di tanah dan hutan negara itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tito Karnavian berkata, penahanan suspek kegiatan itu adalah antara langkah pencegahan yang dilaksanakan kerajaan untuk mengurangkan kadar titik panas di negara itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak fakta bahawa faktor cuaca juga turut memberi kesan dalam hal berkenaan.

"Bilangan suspek yang ditahan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.

"Ini adalah antara faktor kenapa gejala pembakaran hutan berkurangan tahun ini," katanya.

Ketua Penyiasat Indonesia, Ari Dono Sukmanto pula berkata, selain 454 suspek, sembilan individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat yang dipercayai memulakan pembakaran hutan turut ditahan.

"Semua sembilan syarikat masih disiasat," katanya.

Tahun lalu, polis Indonesia menahan 196 inividu termasuk yang mempunyai jaringan dengan 25 syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan itu.

Bagi mengelak berulangnya krisis jerebu 2015, Presiden Joko Widodo telah mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang disyaki terlibat.

Setakat ini, Malaysia dan Singapura telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan untuk membantu menangani masalah kebakaran hutan termasuk di kawasan perladangan sekitar Riau dan Kalimantan. - mStar Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg