Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jaket angkasawan Buzz Aldrin dijual pada harga AS$2.7 juta

Jul 28, 2022 | 07:43 AM



NEW YORK: Jaket yang dipakai angkasawan Buzz Aldrin semasa penerbangannya ke bulan pada 1969 dengan menaiki pesawat Apollo 11 telah dijual dengan harga AS$2.7 juta ($3.7 juta) menerusi acara lelong, kata firma Sotheby dalam kenyataannya.



Jaket putih yang dihiasi bendera Amerika Syarikat, tanda nama Nasa, tampalan tentang misi Apollo dan nama "E.ALDRIN" adalah sebahagian daripada kumpulan barang simpanan peribadi angkasawan itu yang diputuskan untuk dijualnya.



"Pakaian yang sememangnya jarang didapati ini telah direbut oleh beberapa pembida sehingga 10 minit sebelum menjualnya kepada seorang pembida menerusi panggilan telefon," kata Sotheby dalam satu kenyataan.



"Selepas mempertimbang secara mendalam, dirasakan masa ini adalah sesuai untuk mengongsi barangan-barangan ini kepada dunia, dengan banyak simbol bersejarah.



"Pada saya, ia akan sentiasa kekal sebagai kenangan peribadi terhadap satu kehidupan yang didedikasikan kepada sains dan penerokaan," kata Encik Alrin, yang merupakan anggota terakhir yang masih hidup dari sekumpulan tiga angkasawan, katanya dalam satu kenyataan minggu lalu.



Beliau menerangkan bahawa jaket itu adalah asing daripada sut angkasa yang beliau pakai semasa di bulan dengan rakan angkawasannya Neil Armstrong, tetapi beliau di lihat menggunakannya sewaktu terbang ke Bulan dan semasa balik dari Bulan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >