Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakim gantung kelulusan pusat sembelihan Australia

May 15, 2022 | 11:18 AM



PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia berkuat kuasa serta merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.



Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pada masa sama, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia, lapor Berita Harian Malaysia.



Katanya, keputusan penggantungan itu dibuat selepas JAKIM bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) dan Jabatan Pertanian, Air dan Sekitaran (DAWE) Australia mengadakan perjumpaan, Jumaat lalu.



Katanya, JAKIM dan JPV memberi perhatian serius berkenaan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal oleh pusat sembelihan itu yang mendapat kelulusan untuk mengeksport daging halal ke Malaysia.



"JAKIM dan JPV menegaskan prosedur pengiktirafan loji pemprosesan luar negara oleh kerajaan Malaysia melalui prosedur yang ketat dan terperinci," katanya pada Sabtu (14 Mei).



Sebelum ini media melaporkan, seorang bekas pekerja di pusat penyembelihan di Australia yang diiktiraf JAKIM mendakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >