Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JAKIM perkukuh penguatkuasaan beri sijil halal kepada barangan import

Dec 26, 2020 | 09:34 PM



KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam memberi kelulusan sijil halal membabitkan barangan import termasuk daging.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata ini bagi memastikan setiap rakyat terutamanya umat Islam mendapat bekalan makanan yang halal, bersih serta mengikut hukum syarak, lapor Berita Harian Malaysia pada Sabtu (26 Dis).


Media awal minggu melaporkan pegawai kanan dari sekurang-kurangnya empat agensi pemerintah dipercayai bersekongkol dengan kartel yang membawa masuk daging yang tidak diluluskan, termasuk kanggaru dan kuda, ke Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai produk yang disahkan halal.


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub, telah meminta menteri industri pertanian dan makanan menjelaskan penemuan sindiket itu, yang dikatakan telah beroperasi selama lebih empat dekad.


Datuk Salahuddin, yang merupakan menteri pertanian dan industri asas tani dalam pentadbiran Pakatan Harapan, berkata penemuan itu juga harus ditangani menteri hal ehwal Islam, kerana ia melibatkan kemungkinan berlakunya rasuah dalam Jabatan Pembangunan Islam yang mengendalikan sijil halal, menurut The Malay Mail.


"Isu itu dengan jelas menimbulkan persoalan tentang kewibawaan agensi tersebut dalam membangunkan industri halal nasional," kata Datuk Salahuddin dalam satu kenyataan pada Khamis.


Ahli Parlimen Pulai itu juga menggesa pihak berkuasa agar memastikan mereka yang terlibat dihukum dengan sewajarnya, dan agar pemerintah lebih proaktif dalam membasmi rasuah dalan agensi pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >