Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakim turut gantung loji sembelih Thomas Food

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



ISU pelanggaran protokol halal bagi penyembelihan ternakan di luar negara menyaksikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal (TFIL), Australia berkuat kuasa serta-merta pertengahan bulan lalu.



Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, ditukil Berita Harian Malaysia (BHM) dalam laporan 14 Mac sebagai berkata, pada masa sama, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (Sichma) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu "akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal yang diiktiraf Jakim, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia".



Pada Sabtu lalu, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (Sichma) - badan pengesahan pengeluaran daging halal - mengesahkan hasil audit mengejut pihaknya mendapati loji sembelihan TFIL di Australia sememangnya melanggar protokol halal dalam proses penyembelihan mereka.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Datuk Idris Ahmad berkata, Sichma selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan, mengesahkan perkara itu selepas badan terbabit menjalankan audit mengejut pada 23 Mei lalu.



"Sebelum perkara itu disahkan Sichma, kita pada 13 Mei lalu telah pun membatalkan dan menghentikan loji penyembelihan terbabit.



"Sebaik sahaja disahkan hari ini (28 Mei lalu), semua produk keluaran loji itu tidak lagi akan terima atau dibawa masuk ke pasaran Malaysia," katanya yang ditukil BHM.



Isu pelanggaran protokol dan piawaian daging halal bermula apabila seorang pemberi maklumat, yang memperkenalkan namanya sebagai 'Abdullah' mendedahkan kesaksian berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal di loji sembelihan di Australia itu, awal bulan lalu.



Loji tersebut membekalkan daging halal ke Malaysia dan Singapura.



Abdullah yang mahu dikenali sebagai 'The Hood Man' itu mendakwa diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam manakala ahli keluarganya turut diugut susulan pendedahan mengenai isu berkenaan.



Beliau yang memberi maklumat kepada atase Jakim Malaysia di Australia, semasa bercakap menerusi sidang media pada 10 Mei lalu, mendakwa, cara kambing yang disembelih di loji itu tidak mematuhi syariat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >