TRAGEDI REMPUHAN DI MINA

'Jalan tempat tragedi hanya 12 meter lebar'

MINA: Saksi tragedi rempuhan di Mina yang mengakibatkan lebih 700 jemaah haji terbunuh mendakwa jemaah terlalu ramai dan polis menutup hampir semua pintu keluar dari kawasan penempatan, kecuali satu.

Jemaah dari Libya, Encik Ahmed Abu Bakr, 45 tahun, yang terselamat daripada maut ketika tragedi itu bersama ibunya, berkata: "Saya nampak jemaah yang mati di depan saya, ada yang cedera dan ada yang kelemasan. Bersama anggota polis, kami mengalihkan mayat. Saya berpendapat anggota polis di situ kurang berpengalaman."

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun