Premium
Jamal mengaku salah pecah botol arak, didenda RM400
Jul 12, 2018 | 5:30 AM
DIKENAKAN DENDA: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos diiringi anggota polis selepas dia didakwa Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini tahun lalu. - Foto UTUSAN ONLINE -
SHAH ALAM: Ketua Umno bahagian Sungai Besar yang penuh kontroversi, Datuk Seri Jamal Yunos, didenda RM400 ($135) oleh mahkamah majistret di sini semalam kerana menyebabkan gangguan awam.
Ketua kumpulan penyokong Umno Baju Merah itu mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di pintu keluar Pos (1) Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Darul Ehsan jam 10.15 pagi pada 5 Oktober tahun lalu.

