Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jaminan Turkey pertahan Bosnia and Herzegovina

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



ANKARA: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, memberi jaminan kepada rakyat Bosnia and Herzegovina bahawa Turkey akan terus berdiri bersama rakyat negara itu dan menekankan tragedi penghapusan kaum (ethnic cleansing) yang berlaku dalam pembunuhan besar-besaran di Srebenica pada 26 tahun lalu tidak harus berulang.



Dalam ucapannya menerusi video pada 11 Julai lalu, sempena peringtan tragedi pemusnahan kaum (genocide), Encik Erdogan menyuarakan rasa pilu dan simpati terhadap mangsa, lapor agensi berita Anadolu.



Turkey katanya, tidak akan sesekali membiarkan tragedi yang disifatkannya sebagai "titik hitam dalam sejarah Eropah dan kemanusiaan" dilupakan.



Menurut beliau, luka Srebrenica terus berdarah di hati mereka meskipun 26 tahun telah berlalu.



Republik Bosnia and Herzegovina terletak di selatan dan tenggara Eropah, mencapai kemerdekaan pada April 1992 menyusuli perpecahan Yugoslavia.



Menyusuli pengisytiharan itu, pasukan tentera Serb Bosnia, dengan sokongan pemerintah Serbia yang dipimpin Slobodan Milosevic dan Tentera Rakyat Yugoslav (JNA), telah menyerang republik itu.



Akibatnya, lebih 8,000 Muslim Bosnia telah terkorban apabila tentera Serb Bosnia menyerang Srebrenica pada Julai 1995, meskipun berdepan kehadiran pasukan pengaman Belanda.



Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Srebrenica satu "kawasan selamat" pada musim bunga 1993.



Bagaimanapun gerombolan tentera pimpinan Jenderal Ratko Mladic mencabuli zon PBB itu.



Dia kemudian didapati salah melakukan jenayah perang, jenayah ke atas kemanusiaan dan kerana melakukan penghapusan kaum.



Mengimbas semula perintah mahkamah ke atas penjenayah perang, Encik Erdogan berkata, meskipun perintah itu tidak dapat mengurangkan lara akibat "tragedi di jantung Eropah" itu, ia dapat membantu mencegah penghapusan kaum lainnya.



Beliau menggariskan pentingnya keamanan di negara Bosnia and Herzegovina, yang menyatukan perbezaan kepercayaan, budaya dan kelainan kaum, menyatakan, kestabilan adalah perlu bagi seluruh Eropah, terutamanya di rantau Balkan.



Presiden Turkeu itu menggesa pemimpin politik untuk menolak kebencian, keganasan dan diskriminasi dan melakukan penyatuan berasaskan nilai kemanusiaan.



"Menjadikan keamanan itu kekal di tanah ini (Bosnia dan Herzegovina) adalah tanggungjawab kita bersama," katanya.



Encik Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa penghapusan kaum, dan mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.



Lebih dua setengah dekad selepas tragedi itu, sejumlah 19 jenazah mangsa merangkumi 16 lelaki, dua remaja lelaki dan seorang wanita telah dikebumikan di tanah perkuburan Potocari di Srebrenica pada 11 Julai lalu, menyertai lebih 6,600 mangsa penghapusan kaum yang telahpun dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.



Ribuan rakyat Bosnia berkumpul bagi memperingati pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 1995 di Srebrenica, satu-satunya tragedi yang diakui berlaku di Eropah selepas Perang Dunia ke-2.



Pembunuhan beramai-ramai lebih 8,300 Muslim Bosnia, hampir kesemuanya lelaki dan kanak-kanak lelaki, diperingati dalam satu siri acara pada 11 Julai lalu, diikuti dengan pengebumian semula mangsa yang sisa jenazahnya ditemui di tapak perkuburan massa dan baru-baru ini dikenalpasti menerusi analisa DNA.



"Sebaik sahaja saya bangun tidur dan minum kopi, saya datang ke sini untuk menziarahi kubur suami saya dan abangnya, dan membacakan doa," kata Cik Kadefa Rizvanovic, yang kehilangan 20 saudara lelaki dalam pembunuhan yang dilakukan tentera Serb Bosnia dan sehingga kini belum menjumpai kesemua jenazah mangsa.



"Pakcik di sebelah bapa dan ibu juga dikebumikan di sini. Saya membacakan doa untuk mereka dan kesemua mangsa Srebrenica," tambahnya.



Cik Rahima Halimovic datang ke Srebrenica untuk mengebumikan anak saudara lelakinya, Esnaf, berusia 22 tahun apabila beliau dibunuh dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu. Abang dan pakciknya juga dibunuh.



"Ia sukar dan sangat sukar," katanya dalam linangan air mata, sambil berlutut di sebelah keranda anak saudaranya itu.



"Apabila Srebrenica tumbang, anak saudara saya cuba melarikan diri dengan memasuki hutan bersama abangnya dan suami saya. Mereka tidak pulang kembali."



Allahyarham Azmir Osmanovic, berusia 16 tahun apabila dibunuh, merupakan mangsa termuda sementara Allahyarham Husein Kurbasic, 63 tahun, adalah mangsa paling tua dikebumikan tahun ini. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >