Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Janet Yellen sah sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS

Dijangka main peranan genting dapatkan kelulusan Kongres bagi pakej bantuan Covid-19 $2.52 trilion Presiden Biden
Jan 27, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syaikat kelmarin meluluskan pelantikan Cik Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-78, menjadikan beliau wanita pertama menyandang jawatan itu dalam 323 tahun.



Cik Yellen, 74 tahun, mantan pengerusi Rizab Persekutuan, mendapat kelulusan Senat dengan 84 undi menyokong berbanding 15 menolak - menjadi anggota ketiga Kabinet Presiden Joe Biden yang pelantikannya disahkan sejauh ini.



Beliau dijangka memainkan peranan kritikal dalam mendapatkan kelulusan Kongres bagi pakej bantuan koronavirus Covid-19 berjumlah AS$1.9 trilion ($2.52 trilion) yang diumumkan Presiden Joe Biden sebelum ini, dan ditentang hebat oleh ahli Parti Republikan, yang menganggap jumlah bantuan itu terlalu tinggi.



Berucap di dewan Senat sebelum pengundian dijalankan, Ketua Majoriti Demokrat, Encik Chuck Schumer, berkata Cik Yellen mendapat sokongan kedua-dua parti - Republikan dan Demokrat.



Beliau berkata Cik Yellen mempunyai pengalaman luas dan sokongan besar bagi pencalonannya, mencerminkan "betapa beliau dapat mengurus cabaran ekonomi masa kini... terutama semasa detik krisis ekonomi sekarang".



Sebelum diberikan kelulusan penuh oleh Senat, Cik Yellen menerima sokongan penuh daripada Jawatankuasa Kewangan Senat.



Ahli Republikan dalam panel itu berkata mereka ada beberapa dasar yang tidak disetujui bersama Cik Yellen dan pentadbiran Biden, dalam hal seperti meningkatkan cukai ke atas pertubuhan korporat dan golongan kaya, tetapi mereka percaya membolehkan Encik Biden mengumpulkan pasukan ekonominya dengan pantas adalah penting.



Di sesi pengesahan pelantikannya di depan Jawatankuasa Kewangan minggu lalu, Cik Yellen berhujah bahawa tanpa tindakan pantas, negara itu akan berdepan ancaman kemelesetan "lebih panjang, lebih menyakitkan".



Beliau menggesa tindakan pantas dalam menyalurkan pakej bantuan koronavirus yang boleh memberi bayaran tambahan sebanyak AS$1,400 kepada warga Amerika yang berpendapatan di bawah AS$75,000 setahun, selain meluaskan faedah pekerjaan, bantuan tambahan bagi perniagaan kecil dan memberi sokongan kepada bandar dan negeri bagi mengelak pembuangan pekerja.



Rancangan itu juga menyediakan lebih banyak sokongan bagi penghasilan vaksin dan pengedarannya.



"Beliau boleh memahami teori ekonomi rumit dan menyimpulkannya dalam bahasa yang boleh difahami - kesemuanya menggambarkan perasaan sebenar jutaan rakyat Amerika yang terkesan bukan disebabkan kesalahan mereka mereka sendiri," kata Senator Ron Wyden sebelum pengundian.



Semasa sesi pengesahan pelantikannya, Cik Yellen berdepan penolakan agak ketara ke atas rancangan bantuan itu daripada pihak Republikan, yang berhujah pakej itu agak terlalu besar, terutamanya pada masa defisit belanjawan persekutuan melonjak melepasi AS$3 trilion.



Mereka juga membantah langkah meningkatkan kadar gaji minimum kepada AS$15 sejam.



Senator Charles Grassley memberitahu Cik Yellen bahawa rancangan Encik Biden mewakili "senarai panjang pembentukan semula ekonomi liberal".



Sebagai Setiausaha Perbendaharaan, Cik Yellen menduduki jawatan penting dalam membentuk dan mengarahkan dasar ekonomi pentadbiran Biden.



Beliau menggalas tugas itu selepas berkhidmat lama dalam pelbagai jawatan tertinggi bidang ekonomi, termasuk pengerusi Rizab Persekutuan dari 2014 hingga 2018.



Sebagai pakar ekonomi dan mantan profesor di Universiti California di Berkeley, Cik Yellen akan mewakili pentadbiran Biden dalam ehwal kewangan global dan memimpin sebuah jabatan besar yang bertanggungjawab dalam menyelia pungutan cukai hasil mahsul, menggubal dasar terhadap peraturan perbankan dan bertindak sebagai penghubung antara pentadbiran Biden dan Wall Street.



Dalam peranannya sebelum ini, Cik Yellen membangunkan kepakaran dalam bidang daripada pasaran buruh hingga ke kewangan antarabangsa.



Beliau sering memberi isyarat secara umum mengenai keprihatinannya tentang cara dasar ekonomi memberi kesan terhadap rakyat biasa, terutama golongan kurang bernasib baik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >