Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jangkitan Covid-19: Perancis lapor 30,000 kes

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Perancis kelmarin melaporkan lebih 30,000 jangkitan Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam, kali pertama ia mencatat bilangan jangkitan sebanyak itu sejak Ogos.



Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan 30,454 kes baru, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan di negara itu lebih 7.45 juta dan menambah bilangan jangkitan purata kepada lebih 20,000 buat pertama kali sejak 24 Ogos.



"Jumlah kes jangkitan ini bertambah dengan tinggi, dan menunjukkan kita kini berada dalam gelombang Covid-19 yang kelima," ujar Menteri Kesihatan Encik Olivier Veran.



Minggu lalu, pengawal kesihatan Perancis berkata dos ketiga vaksin Covid-19 harus diberikan kepada semua orang yang berusia lebih 40 tahun di negara itu.



Pemerintah Perancis juga telah menjadikan mandatori bagi semua murid sekolah rendah memakai pelitup di sekolah dari 15 November, mencetus bantahan di kalangan beberapa penduduk Perancis yang menyifatkan peraturan baru itu sebagai mencerobohi kebebasan mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >