Topik diikuti
Pergi ke BHkuJangkitan Covid-19 stabil di Victoria
Aug 12, 2020 | 5:30 AM
Jangkitan Covid-19 stabil di Victoria
SYDNEY: Victoria, negeri berpenduduk kedua tertinggi di Australia, melaporkan peningkatan kecil jangkitan baru Covid-19 semalam, meningkatkan harapan bilangan kes semakin stabil setelah gelombang kedua memaksa pihak berkuasa meletakkan ibu kota Melbourne dalam sekatan semula.
Negeri itu, yang buat masa ini menyumbang hampir semua kes baru di Australia, mengesan 331 jangkitan dan 19 kematian Covid-19 dalam 24 jam semalam, naik daripada 322 jangkitan dan bilangan korban sama sehari sebelumnya, kata pegawai kesihatan.