Jangkitan dan kematian dek Covid-19 di Asia Tenggara terus melonjak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jangkitan dan kematian dek Covid-19 di Asia Tenggara terus melonjak

Sep 5, 2021 | 5:30 AM

Jangkitan dan kematian dek Covid-19 di Asia Tenggara terus melonjak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
428e1d7e-0535-487f-8b9a-a5af4b1f640f
-

HANOI: Kes jangkitan Covid-19 dan kematian angkara virus itu merekodkan peningkatan dua hari berturut-turut di Asia Tenggara kelmarin.

Asean mencatatkan 81,459 kes baru iaitu perangkaan lebih tinggi berbanding 79,055 kes yang dilaporkan pada Khamis lalu manakala angka kematian turut melonjak kepada 1,809 kes berbanding 1,731 kes pada Khamis.

Kes kumulatif di wilayah berkenaan melepasi 10.3 juta jangkitan dengan kadar kematian setakat ini mencecah 228,885 kes.

Indonesia melaporkan 7,797 kes baru dan 574 kematian kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 4,116,890 jangkitan serta 134,930 kematian.

Pihak berkuasa Indonesia menyasarkan peningkatan kadar vaksinasi kepada 2.3 juta dos sehari pada bulan ini, berbanding dua juta dos setiap hari yang dilaporkan bulan lalu, selari usaha mencapai imuniti kelompok.

Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, memberi amaran bahawa negara terbabit mungkin berdepan 'perang panjang' menentang Covid-19 dan tidak boleh hanya bergantung kepada perintah berkurung atau kuarantin saja.

Menurut Kementerian Kesihatan Vietnam, hanya 2.9 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu sudah menerima suntikan pelali manakala kadar kematian semasa iaitu 2.5 peratus adalah lebih tinggi daripada kadar global 2.1 peratus.

Di Myanmar, kadar jangkitan Covid-19 meningkat kepada 409,509 kes selepas 3,410 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Myanmar kelmarin.

Sementara itu, Thailand akan memulakan suntikan penggalak vaksin atau suntikan 'booster' kepada tiga juta penduduk yang sudah divaksin, seawal hujung bulan ini.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand melaporkan 14,653 kes Covid-19 baru dan 271 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara itu mencecah 1,249,140 kes dan 12,374 kematian sejak wabak itu dikesan pada Januari tahun lalu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg