Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Jangkitan di Australia lebihi 1j sedang Omicron merebak

AS beri dos keempat vaksin bagi rakyat yang punya sistem imun lemah minggu ini
Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Australia semalam melaporkan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara itu telah melebihi satu juta.



Lebih separuh daripadanya dicatat pada minggu lalu, sedang varian Omicron koronavirus itu menular di kebanyakan negeri, meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital dan memberi tekanan ke atas sistem kesihatan.



Setelah berjaya membendung penularan koronavirus itu melalui sekatan agresif dan kawalan sempadan ketat pada awal tempoh pandemik, Australia kini mengalami rekod jangkitan apabila negara itu mula hidup dengan virus itu selepas mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi.



Semalam, New South Wales dan Victoria melaporkan kira-kira 55,000 kes baru, membuat jangkitan Covid-19 di Australia mencecah 1.03 juta sejak kes pertama direkodkan di negara itu hampir dua tahun lalu.



Sebanyak 2,387 kematian didaftarkan setakat ini, walaupun kadar kematian semasa gelombang Omicron lebih rendah daripada semasa pandemik virus sebelumnya, dengan 92 peratus daripada penduduk berusia lebih 16 tahun telah mendapat suntikan vaksin dos dua.



Jumlah kemasukan ke hospital yang semakin meningkat memaksa pegawai mengenakan semula beberapa sekatan.



Sementara itu, kekurangan kakitangan disebabkan peraturan pengasingan atau mereka sakit menjejas perniagaan.



Pihak berkuasa juga telah mengurangkan tempoh pengasingan mandatori bagi kes hubungan rapat.



Di Amerika Syarikat pula, mereka yang mempunyai sistem imun lemah boleh mendapat dos keempat vaksin Covid-19 seawal minggu ini, menurut saranan terbaru Pusat Kawalan Penyakit dan Perlindungan (CDC) negara itu.



Sebelum ini, pada 13 Ogos lalu, CDC menyarankan dos ketiga vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna kepada mereka yang mengalami masalah imun sederhana atau teruk, tetapi berkata suntikan itu dianggap sebagai sebahagian imunisasi utama, bukan suntikan penggalak.



Pada Oktober lalu, agensi itu menyatakan mereka yang mengalami gangguan imun boleh menerima suntikan penggalak - dos vaksin keempat - enam bulan selepas dos ketiga mereka.



Garis panduan itu konsisten dengan saranannya bagi orang dewasa lain.



Di India, suruhanjaya pilihan raya negara itu melarang perhimpunan kempen selama seminggu sedang kes Covid-19, didorong varian Omicron, melonjak di bahagian besar negara itu.



Namun pilihan raya di lima negeri, merangkumi kira-kira 250 juta penduduk, akan diteruskan seperti yang dirancang mulai Februari, kata suruhanjaya itu.



India merekodkan 160,000 kes kelmarin, dengan jumlah kes baru meningkat enam kali ganda dalam masa satu minggu.



Pusat bandar utama Mumbai, Delhi dan Kolkata terjejas paling teruk.



Sementara itu, Israel mungkin menyaksikan hingga hampir 40 peratus penduduknya dijangkiti Covid-19 semasa gelombang penularan sekarang, kata Perdana Menteri, Encik Naftali Bennett, sedang kemudahan ujian di seluruh negara itu menghadapi tekanan besar.



"Data yang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet menunjukkan bahawa di Israel, antara dua hingga empat juta rakyat secara keseluruhan akan dijangkiti semasa gelombang sekarang ini," tulis Encik Bennett di akaun Twitternya.



Israel, yang mempunyai 9.4 juta penduduk, menyaksikan jangkitan hampir empat kali ganda sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.



Kementerian kesihatannya melaporkan 17,518 jangkitan baru pada Sabtu lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >